• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lelaki Ditemui Mati Lemas Gara-Gara Google Maps Bawa Ke Lokasi Jambatan Runtuh

Oleh
Aina Musa
22 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Ditemui Mati Lemas Gara-Gara Google Maps Bawa Ke Lokasi Jambatan Runtuh

Keluarga mahu saman pihak Google

Lelaki Ditemui Mati Lemas Gara-Gara Google Maps Bawa Ke Lokasi Jambatan Runtuh. Sebuah keluarga menyaman Google selepas seorang ahli keluarga mereka maut apabila kenderaan dipandu jatuh ke dalam sungai selepas melalui jambatan runtuh kerana mengikut aplikasi navigasi Google Maps yang didapati sudah lapuk.

Mirror UK melaporkan Philip Paxson, dari North Carolina sedang memandu pulang untuk meraikan hari lahir anak sulungnya pada 30 September 2022.

Lelaki Ditemui Mati Lemas Gara-Gara Google Maps Bawa Ke Lokasi Jambatan Runtuh. Kredit: Google

Kenderaan dipandu bapa kepada dua anak itu tiba-tiba terjunam ke dalam sungai Snow Creek, Hickory, dan dia disahkan mati lemas, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga Philip.

Mereka menyaman Google kerana kecuaian teruk dan menuduh ia gagal memastikan sistem navigasi itu dikemas kini.

Jambatan dilalui Paxson itu sebenarnya sudah runtuh hampir sedekad selepas dihanyutkan oleh banjir pada 2013, dan tidak pernah dibaiki.

Menurut tuntutan mahkamah, ramai sudah memberi amaran kepada Google Maps mengenai situasi jambatan itu sebelum ini, hinggalah membawa kepada kematian Paxson, tetapi tiada tindakan diambil.

Alicia, isteri Philip, berkata, sukar untuknya memahami bagaimana pihak yang bertanggungjawab sebagai menunjuk arah gagal mengesan pengemaskinian aplikasi navigasi sistem penentududukan sejagat (GPS) berkenaan.

“Bagaimana mereka boleh bertindak tanpa mengambil kira kehidupan manusia. Anak perempuan kami bertanya bagaimana dan mengapa ayah mereka meninggal dunia, dan saya kehilangan kata-kata untuk menerangkan apa yang berlaku,” katanya.

Dikatakan ketika kejadian, cuaca gelap dan ribut yang mana Philip memandu melalui kawasan kejiranan tidak diketahui sebelum kenderaan dipandu terjunam dari kawasan tidak mempunyai penghalang atau tanda amaran bahaya.

Pihak berkuasa menemui mayat Philip di dalam jipnya yang terbalik dengan sebahagiannya berada di dalam air.

Baca lagi artikel menarik:

Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak
Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Undang Reaksi Netizen Sarawak Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak
Next Article Lagi Buat ‘Onar’ Dalam Kereta, Kali Ini Di Tawau Pula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?