• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

Oleh
Aina Musa
22 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

‘Scammer’ kuih bulan

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook. Seorang peniaga mendakwa kerugian RM35,000 apabila hanya menerima 807 daripada 969 set kuih bulan yang ditempahnya daripada seorang individu menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata mangsa yang juga pengusaha butik di sini memaklumkan membuat tempahan daripada individu dikenali Mr Kong pada 9 Ogos lalu.

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook
Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook. Kredit: Berita Harian

Katanya, mereka turut berhubung melalui telefon untuk berurus niaga, dengan suspek menggunakan nombor 016 7282477.

“Mangsa membuat tempahan sebanyak 969 set kuih bulan dan memasukkan wang tunai ke akaun RHB Bank milik suspek sebanyak RM79,860.60.

“Sehingga sekarang, mangsa hanya menerima sebanyak 807 set kuih bulan yang bernilai RM44,860.60 manakala bakinya belum diterimanya adalah dianggarkan bernilai RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

Brodie berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong pada jam 1.31 petang, 19 September lalu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status penjual sekiranya mahu membuat urus niaga dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, e-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi Check Scammers CCID melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Baca lagi artikel menarik:

Harapkan Cinta ‘Oppa’, Wanita Dari Sabah Rugi RM2.5 Juta Gara-Gara Ditipu Sindiket Love Scam
Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu ‘Hilang’ Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi
Next Article Gara-Gara Dipaksa Ceraikan Isteri, Menantu Rogol Dan Bunuh Ibu Mertua

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?