I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup

Oleh ILB - AI
21 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki berjetski hilang masih belum ditemui

Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup. Masih ingat beberapa hari yang lalu, pada 17 September 2022 seorang lelaki tempatan berbangsa Cina telah dilaporkan hilang ketika sedang berjetski di Pulau Talang-Talang, Lundu? Dimaklumkan bahawa sehingga ke hari ini mangsa masih belum ditemui.

Misi pencarian mangsa di kawasan sekitar oleh pihak penyelamat masih diteruskan sehingga ke hari ini dan pencarian yang masih menemui jalan buntu ini telah mendesak keluarga untuk membuat hebahan di sosial media.

Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup
Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup. Sumber gambar: iloveborneo

Ganjaran lumayan bernilai RM30,000 hinggan RM150,000

Mangsa, Lee Chong Loong berusia 46 tahun telah dilaporkan hilang oleh rakan mangsa semasa mereka hendak pulang ke jeti Santubong dari arah Pulau Talang-Talang. Keluarga mangsa yang sehingga kini giat mencari mangsa bersama pasukan penyelamat telah membuat hebahan tentang ganjaran lumayan.

Ganjaran lumayan yang bernilai RM30,000 sehingga RM150,000 itu telah mula tular di media sosial selepas dikongsi oleh sebuah akaun milik Karyn Bong yang merupakan anak saudara kepada mangsa. Hebahan yang telah dibuat sehingga 3 versi bahasa itu adalah antara inisiatif pihak keluarga mangsa kerana mereka memerlukan bantuan orang awam untuk mencari dan menemui keberadaan Lee Chong Loong.

Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup
Lelaki Hilang Di Pulau Talang-Talang, Keluarga Mangsa Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ditemui Masih Hidup. Sumber gambar: FB Karyn Bong

Menurut hebahan tersebut, ganjaran RM30,000 akan diberikan kepada sesiapa yang menemui Lee Chong Loong dan ganjaran yang lebih besar dan lumayan akan diberikan secara tunai iaitu RM150,000 sekiranya Lee ditemui dalam keadaan masih bernyawa.

Bahkan menurut Karyn, jetski milik bapa saudara beliau sudah ditemui namun tidak dengan keberadaan bapa saudaranya. Jadi, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi nombor yang tertera di hebahan.

Semoga pencarian para pasukan penyelamat dan ahli keluarga mangsa menemui penyelesaian.

Boleh baca artikel berikut untuk mengetahui kisah selanjutnya:

SUMBER :IloveborneoFB Karyn Bong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular 2 Buaya 'Bergurau' Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen Tular 2 Buaya ‘Bergurau’ Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen
Next Article Penggemar Disko 70-an Dan 80-an? 'Stayin' Alive' Bertema Disko Akan Diadakan 24 September Ini Penggemar Disko 70-an Dan 80-an? ‘Stayin’ Alive’ Bertema Disko Akan Diadakan 24 September Ini

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?