• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian

Oleh
Aina Musa
17 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Seorang Lelaki Dilaporkan Hilang Semasa Pandu Uji Jetski Di Pulau Talang

Mangsa merupakan seorang lelaki berketurunan Cina

Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian. Seorang lelaki dilaporkan hilang semasa melakukan pandu uji jet ski di perairan Pulau Talang-Talang di sini semalam.

Juru cakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 12.20 tengah malam.

Mangsa dikenali sebagai Lee Chong Loong, 46, lelaki cina warga tempatan. Pakaian terakhir mangsa berwarna hitam bersama jetski berwarna hijau

Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian
Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian. Kredit Foto: FB Zon Maritim Tanjung Manis

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu kemudian segera ke Balai Polis Sematan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian.

“Dimaklumkan oleh si pelapor (rakan mangsa), anggaran jaraknya dengan mangsa adalah sekitar 1 batu nautika antara satu sama lain.

“Si pelapor mula menyedari mangsa tidak kelihatan semasa mereka bergerak dari Pulau Talang-Talang untuk balik ke jeti,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Operasi pencarian segera dijalankan

Sejurus menerima laporan tersebut, MRSC Kuching telah mengatur gerakkan Kapal KM Kota Kinabalu dan Bot KILAT 22 ke lokasi kejadian.

Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian
Kredit Foto: FB Zon Maritim Tanjung Manis

Tambahnya, mangsa masih belum ditemui sehingga jam 7.30 malam Jumaat semalam.

Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian pada hari ini baik dengan kelajuan angin 10 hingga 20 km/jam dan ketinggian ombak 0.5 hingga 1.0 meter.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 1.30 pagi dan telah pun disambung semula jam 8 pagi tadi.

Mangsa disedari hilang semasa mereka dalam perjalanan pulang

Maklumat awal berhubung kejadian, mangsa dan seorang rakannya turun ke laut dari jeti Pak Amit di Santubong dengan menaiki dua buah jet ski untuk pandu uji jet ski.

Lokasi awal mereka adalah menuju ke Pulau Satang dan mengelilingi pulau tersebut sambil memancing.

Pandu Jet Ski Di Lundu, Lelaki Dilaporkan Hilang Masih Dalam Pencarian
Kredit Foto: FB Zon Maritim Tanjung Manis

“Sepanjang pandu uji jet ski tersebut dijalankan cuaca adalah baik dan mereka kemudian dikatakan meneruskan perjalanan ke Telok Melano dan seterusnya ke Pulau Talang Talang.

“Mangsa hanya disedari hilang semasa mereka dalam perjalanan pulang ke jeti dari Pulau Talang Talang,” katanya.

Kurangkan risiko orang hilang, anda boleh cuba cara ini:

Elak Kejadian Tak Diingini, Doktor Ini Kongsi Panduan Pasang ‘Tracker’ Sebelum Anda Berjalan Jauh

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Insiden Kapal Karam Di Beladin, Empat Selamat Dan Seorang Masih Hilang
Next Article Kereta Terjunam Dalam Parit, 2 Lelaki Nyaris Maut Sempat Diselamatkan Bomba Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?