Dia kata ‘Not Bad’, gais
Lelaki Ini Cuba Alternatif Pengangkutan Awam Dari Matang Ke Satok, Hasilnya Boleh Tahan. Satu hantaran tular di media sosial apabila seorang individu menyeru orang ramai untuk mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama untuk berulang-alik ke tempat kerja, terutamanya di Kuching Sarawak.
Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga memberi impak positif terhadap alam sekitar.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman TikTok @farabiropa, lelaki tersebut menggunakan pengangkutan awam di laluan Matang – Satok, dan hasilnya amat memberangsangkan. Laluan ini didapati mempunyai potensi yang baik untuk menjadi pilihan alternatif bagi warga Kuching yang ingin mengelakkan kesibukan jalan raya pada waktu puncak.
Menerusi video yang sama, lelaki berkenaan menaiki bas dengan kos tambang hanya RM 1 sahaja untuk perjalanan sehala dari Matang ke Satok, Kuching. Video tersebut kini tular di media sosial TikTok dan setakat artikel ini diterbitkan, perkongsian @farabiropa telah mendapat 24.4K tontonan dan lebih 130 komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ingin mencuba pengangkutan awam, namun jadual kekerapan bas sukar untuk didapati
Menerusi tinjauan di laman komen, ramai yang sebenarnya ingin mencuba menggunakan pengangkutan awam namun akses kepada jadual kekerapan bas dan laluannya yang sukar didapati walaupun dalam talian dan media sosial menyebabkan kebanyakan akhirnya memilih untuk menaiki kenderaan sendiri.



Pengalaman menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di laluan Matang – Satok menunjukkan bahawa ia sebenarnya adalah permulaan kepada budaya menggunakan perkhidmatan awam, sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.
Penggunaan pengangkutan awam bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara dan pelepasan karbon. Ia merupakan langkah kecil namun penting dalam usaha menjadikan Kuching sebagai bandar yang lebih hijau dan mampan.
Sementara menunggu ART siap, warga Kuching boleh lah mencuba pelbagai pilihan pengangkutan awam seperti bas dan bas hidrogen di Kuching bagi memupuk budaya menggunakan pengangkutan awam yang terbukti lebih mampan untuk alam sekitar dan ketenangan minda.

