• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis

Oleh
ILB - AI
9 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Seorang individu meluahkan kekecewaannya ke atas sebuah balai polis di Hitech Kulim, Kedah.

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis. Mungkin dompet kosong waktu dituntut di balai polis menjadi hal remeh untuk sesetengah orang. Namun, tidak bagi 2 beradik ini, Augustin Devadass dan adiknya, pemilik dompet. Augustin telah menceritakan insiden ini di komen sebuah perkongsian gambar di FB.

Insiden ini berlaku di Balai Polis Hitech Kulim, Kedah apabila seorang pengguna laman sosial Facebook dengan akaun, Faz Ishak membuat perkongsian bergambar tentang penemuan dompet individu yang telah beliau temui di tengah jalan sebelum menyerahkan dompet tersebut ke balai polis berkenaan.

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis
Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis. Sumber gambar: FB I Love Sabah!!

Gambar postingan FB menjadi bahan bukti utama.

Namun demikian pemilik dompet tersebut dan abangnya berasa curiga ketika mendapat kembali dompet berkenaan tetapi isinya kosong. Padahal gambar yang dikongsikan oleh Faz berkata sebaliknya.

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis
Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis.Sumber gambar: FB I Love Sabah!!

Sebelum memulakan cerita yang cukup ”wow” tersebut, Augustin sempat memuji sikap baik Faz Ishak. Malah, niat baik Faz Ishak jugalah yang telah membuka mata Augustin dan adiknya tentang ”kepercayaan kepada kakitangan kerajaan” apabila wang sebanyak RM200 didalam dompet tersebut hilang. Paling mengejutkan adalah si pencuri dicurigai adalah anggota polis di balai polis terbabit.

Dompet kosong, RM1 istimewa pula jatuh!

Menurut Augustin, wang di dalam dompetnya sempat diambil gambar oleh individu yang menemui dompet terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis. Namun, adik Augustin mendapati bahawa wang di dalam dompetnye hilang sebanyak RM 200 selepas dituntut dari balai. Berita kehilangan wang berserta gambar tersebut ditularkan di laman FB dengan menyatakan bahawa adik Augustin ingin membuat laporan polis.

Menyedari bukti yang sedang tular, pegawai polis tersebut bertindak ‘budiman’ dan segera menawarkan wang yang kononnya sebagai ganti rugi. Walau bagaimanapun, segalanya terbongkar apabila wang RM1 istimewa milik adik Augustin turut terkeluar dari kocek pegawai terbabit.

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis
!Sumber gambar: FB I Love Sabah!!

Setelah menuntut wang istimewa terbabit, pegawai berkenaan tetap mempertahankan tindakannya dan berkata bahawa beliau sudah cukup budiman untuk memberi wang ganti rugi.

Dalam satu kenyataan terkini oleh PDRM Kulim Kedah pula, pihaknya menjelaskan kepada orang awam bahawa tiada pihak membuat laporan polis berhubung hal berkenaan. Walau bagaimanapun, siasatan telah dijalankan dan telah memanggil individu yang berkenaan serta memberi keterangan.

Sekiranya perkara ini didapati benar, pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan kesalahan, termasuk pegawai dan anggota polis sendiri.

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis
Sumber: FB PDRM Kulim Kedah

.

Untuk cerita semasa yang lain, baca artikel:

SUMBER :I Love Sabah!!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Lawak Hina Islam, Wanita Ini Buka Baju Dan Tudung Lepas Mengaku Hafaz Al-Quran
Next Article Bangkai Penyu Hijau Di Miri Ditemui Dengan Kesan Kecederaan Seperti ‘Disengajakan’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?