• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Cuba Siram Jalan’ – Netizen Tegur Pembinaan Di Kpg Babagon Cemarkan Perumahan

Oleh
ILB - AI
9 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sikap lepas tangan pihak kontraktor telah mengakibatkan pembangunan yang baik turut mendatangkan kesan negatif.

‘Cuba Siram Jalan’ – Netizen Tegur Pembinaan Di Kpg Babagon Cemarkan Perumahan. Pembinaan adalah sesuatu yang baik untuk masyarakat setempat dan masa depan penduduk.

Namun, apa yang menjadi ‘tidak baik’ nya adalah apabila kerja-kerja pembinaan ini mengganggu masyarakat setempat, apatah lagi mendatangkan pencemaran. Kesan ini pula perlu ditanggung oleh mereka sehingga projek tamat atau jika bernasib baik, sehingga suara mereka didengari oleh pihak berwajib.

Permasalahan pembangunan sekolah mengakibatkan jalanraya perlu “disiram” untuk mengurangkan debu.
‘Cuba Siram Jalan’ – Netizen Tegur Pembinaan Di Kpg Babagon Cemarkan Perumahan. Sumber gambar: FB Joyanto Peter

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang warga setempat Kg Babagon, Tambunan, Sabah, Joyanto Peter menyuarakan permasalahan kesan daripada pembangunan sekolah di kawasan sekitar mereka.

Beliau menyatakan bahawa mereka tidak menolak untuk dibangunkan sekolah. Akan tetapi, sikap sambil lewa para kontraktor yang tidak mengendahkan permintaan penduduk telah mengakibatkan banyak permasalahan yang lain timbul.

Bukan jalanraya yang berlopak menjadi isu, bukan juga jalanraya yang tidak ditar. Namun, keadaan jalanraya yang berdebu dek kerana pembangunan yang telah dibangkitkan.

Permasalahannya yang mendatangkan kesan. Bukan 1, tapi 2!

Seperti yang dimaklumkan, keadaan yang berdebu ini telah mengakibatkan keadaan kereta penduduk sangat kotor. Ini salah satu permasalahan yang nyata! Mungkin secara logiknya kita tahu bahawa kenderaan kotor boleh dicuci.

Namun, yang lebih afdal adalah pihak kontraktor ‘cuba’ menyiram jalan raya yang kotor kesan daripada lori mengangkit tanah. Kedengaran agak lucu tapi ini antara permintaan warga setempat.

Umpama menegur anak kecil yang nakal. Ditegur hari ini, esok buat lagi. Begitulah kejadian yang menghampakan penduduk Kampung Babagon. Mereka merasakan dengan keadaan jalanraya yang berdebu, bukan sahaja kereta malah keadaan persekitaran rumah pun kurang sedap mata memandang.

'Cuba Siram Jalan' - Netizen Tegur Pembinaan Di Kpg Babagon Cemarkan Perumahan
Sumber gambar: FB Joyanto Peter

Paling meresahkan apabila jalan berdebu mengakibatkan pemandangan para pemandu terjejas. Sebagai laluan utama, sudah pasti kelajuan pemanduan tidak dapat dijangka. Ini membimbangkan kerana tidak banyak penanda aras bahaya yang dipasangkan sepanjang jalan di Kampung Babagon.

Seperti salah satu komen komen di Facebook Joyanto, ”Pandu perlahan jika tidak mahu kena lastik”

Dengan ada nya permasalahan seperti ini dibangkitkan, diharapkan agar pihak kontraktor dapat mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu ini.

Lagi artikel lain berkaitan kejadian yang berlaku di Sabah:

SUMBER :FB Joyanto Peter
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak Pagi Tadi TERKINI: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak Pagi Tadi
Next Article 'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, 'Port' Wajib Singgah di Miri. ‘Hidden Gems’ Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?