• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju

Oleh
Farisha
2 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Penyamar di dalam surau kantoi perhati wanita tukar pakaian

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju. Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa mahu memuaskan nafsu serakahnya, terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita di sebuah surau, Indonesia.

Menerusi perkongsian individu yang memuat naik rakaman tersebut di laman TikTok, dipercayai penyamar itu memakai sehelai jubah, malah siap berpurdah hitam. Penyamar kemudian duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju
Sumber: tiktok

Mengekorinya dari tandas hingga masuk ke surau

Menurut sumber, wanita itu menyatakan bahawa penyamar berkenaan dipercayai mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.

Selepas itu, wanita tersebut menukar bajunya di dalam surau, namun timbul perasaan tidak sedap hati apabila ‘wanita berjubah hitam’ itu seperti memerhatinya.

Keluar dari surau dan segera memanggil kakitangan untuk memeriksa ‘wanita berpudah’ itu

Dalam pada itu, dia berasa curiga dengan kelakuan si penyamar, lalu bertindak keluar dari surau dan segera memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut.

Difahamkan, beberapa lelaki masuk ke dalam surau tersebut lalu bertanyakan beberapa soalan, malah si penyamar tidak menjawab dan hanya menggunakan isyarat tangan.

Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju
Sumber: tiktok

Bahkan, mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, tetapi ‘wanita’ terbabit enggan menurutinya.

Wanita itu menangis kerana auratnya sudah dilihat oleh lelaki

Susulan itu, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah itu adalah seorang lelaki. Sejurus pendedahan itu, wanita tersebut menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki berkenaan.

@miftahonchannel

HATI² kepada wanita² diluar sana #wanitamuslimah #wanitabercadar #niqabis #muslimah #muslimahbercadar

♬ bunyi asal – miftahchannel – miftahchannel

“Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?” tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Bagi tindakan lanjut, mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki itu dan membawanya keluar dari surau.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Boyfriend Psiko Meroyan Minta Puaskan Nafsu Dari Kekasih, Sampai Sanggup Cederakan Diri Sendiri
Bertahun Bercinta Tak Sedar Teman Lelaki Adalah Wanita, Sampai 2 Kali ‘Terlanjur’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Acho Prince, Anak Sarawak Pertama Rangkul Gelaran Juara 'Arm Wrestling' Peringkat Dunia Acho Prince, Anak Sarawak Pertama Rangkul Gelaran Juara ‘Arm Wrestling’ Peringkat Dunia
Next Article Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?