• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
2 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak

Pasangan ini tetap menziarahi pusara anak mereka biarpun sudah berlainan agama.

Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak. Walau berbeza dalam kepercayaan, ia tidak menjadi batasan bagi pasangan ini untuk menyayangi anak mereka yang kini telah pergi ke rahmatullah.

Telah tular satu hantaran di laman sosial yang memberi kesan terhadap netizen Malaysia apabila pasangan berbangsa Cina ini menziarahi kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam di Sarawak.

Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan

“Pasangan tersebut seolah bertafakur. Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman”

Difahamkan bahawa sepasang suami isteri menziarahi kubur anak lelaki mereka yang telah pergi empat tahun lalu akibat serangan kanser otak.

Kisah ini dikongsikan oleh Joy MamaNunai, seorang pengguna media sosial, ketika dia sedang menziarahi kubur orang tuanya pada suatu pagi Ahad.

“Al kisah pagi tadi sewaktu kami menziarahi kubur bapak dan mamak. Terjumpa sepasang suami istri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur disana. Mungkin usia mereka agak2 dlm 70an.

Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak
Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak. Sumber: Facebook

“Beberapa meter saja dari kubur bapak dan mamak. Jelas apa yg mereka lakukan. Mereka bersihkn kawasan kubur dan batu nisan. Dicuci segala kekotoran yg ada dibatu nisan dgan air meneral yg diaorg bawa.”

“Setelah selesai, pasangan itu sejenak terdiam dalam tafakur. Selepas itu, mereka menoleh kepada kami dan tersenyum,” kisahnya.

Menurut wanita tersebut, anak dari pasangan berkenaan memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang wanita Melayu, dan kedua orang tua itu kerap mengunjungi makam anak mereka apabila berkesempatan.

Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan

Kisah tersebut telah menarik perhatian ramai netizen

“Walaupun anak mereka telah memilih jalan yang berbeza dalam kepercayaannya, namun kasih sayang mereka kepadanya tidak pernah pudar.

“Pengalaman ini memberi renungan kepada kami – kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka tidak bersyarat. Al-Fatihah untuk roh anak pasangan etnik Cina ini,” tambahnya.

Kisah tersebut telah menarik perhatian ramai netizen, yang mengakui perasaan mereka turut tersentuh dengan keikhlasan kasih sayang yang ditunjukkan pasangan terbabit.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen
Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju
Next Article Duo 'Bujang Sarawak', Bertrand-Enrique Sumbang Gangsa Terjun 10 Meter Di China Duo ‘Bujang Sarawak’, Bertrand-Enrique Sumbang Gangsa Terjun 10 Meter Di China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?