• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Mabuk Langgar Lari, Rempuh Pagar Masjid Di Kuching Akhirnya Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Oleh
ILB - AI
19 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Individu tersebut disyaki mabuk

Lelaki Mabuk Langgar Lari, Rempuh Pagar Masjid Di Kuching Akhirnya Ditahan Oleh Pihak Berkuasa. Gempar malam tadi apabila seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan 4 roda dikatakan telah terlibat dalam beberapa insiden langgar lari dalam hanya beberapa jam di sekitar Bandaraya Kuching.

Difahamkan individu tersebut disyaki mabuk selepas tin arak turut dijumpai di dalam kenderaan tersebut apabila beliau akhirnya ditahan selepas melanggar pagar sebuah masjid yang terletak di Kampung Tabuan Foochow.

Insiden pertama difahamkan terjadi di sekitar jalan pending apabila kenderaan tersebut dikatakan telah langgar lari seorang pemandu wanita berdekat Chung Hua Middle School No 1. Wanita yang dilanggar tersebut memuatnaik gambar kenderaan yang melanggarnya di laman facebook dan meminta agar netizen membantu beliau untuk mencari kenderaan dan pemandu tersebut.

Lelaki Mabuk Langgar Lari, Rempuh Pagar Masjid Di Kuching Akhirnya Ditahan Oleh Pihak Berkuasa
Lelaki Mabuk Langgar Lari, Rempuh Pagar Masjid Di Kuching Akhirnya Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Insiden langgar lari kedua oleh individu yang sama pula difahamkan berlaku di Simpang 4 Tabuan Foo Chow, kali ini seorang wanita yang memandu kenderaan Perodua Axia pula dilanggar dari belakang.

Sama juga seperti kes yang pertama, wanita tersebut memuatnaik gambar kenderaan nya yang telah dilanggar dan meminta agar sesiapa yang menjadi saksi kejadian tersebut tampil membantu.

Lelaki Mabuk Langgar Lari, Rempuh Pagar Masjid Di Kuching Akhirnya Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Akhirnya ditangkap pihak berkuasa

Walau bagaimanapun, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pemandu yang disyaki mabuk tersebut telah memandu ke sebuah kampung dan turut menimbulkan kekecohan di kampung tersebut.

Menurut penduduk kampung tersebut, pemandu yang sama turut melanggar sebuah kenderaan di kampung tersebut.

Dikatakan juga individu tersebut cuba lari, namun hasil tindakan pantas pihak berkuasa dengan kerjasama penduduk tempatan individu tersebut berjaya ditahan selepas beliau akhirnya terkandas selepas melanggar pagar sebuah masjid.

Walaupun berjaya diberkas setelah menimbulkan kekecohan, warga Kampung Tabuan Foochow memberikan contoh yang baik apabila tidak membelasah individu tersebut sebaliknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Selepas ditahan, gambar dan video individu tersebut tular dan didapati terdapat satu tin minuman berakohol di gagang pemegang air berdekatan dengan pemandu. Kotak minuman berakohol juga dikatakan dijumpai dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan juga pemandu tersebut telah ditahan, dan telah dibawa ke Balai Polis. Mangsa mangsa beliau juga disarankan agar hadir ke balai polis bagi melakukan laporan untuk tindakan selanjutnya.

Hmmm, kalau dah mabuk atau sedang dalam pengaruh alkohol janganlah memandu kerana anda boleh mendatangkan bahaya dan menyusahkan orang lain. Semoga kes ini menjadi tauladan supaya janganlah memandu dalam pengaruh alkohol kerana ianya berbahaya dan dilarang oleh undang undang!

Sebelum ini ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat, seorang individu yang mabuk turut ditahan selepas menghamburkan kata kata kesat kepada pihak berkuasa :

Ada juga kes sebelum ini dimana seorang individu mabuk memuatnaik status menghina agama orang lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rezeki Syawal, Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Anak Kembar Lagi
Next Article Suami Isteri Positif Covid-19 Yang Melarikan Diri Sudah Ditemui, Kini Terima Rawatan Di HUS Suami Isteri Positif Covid-19 Yang Melarikan Diri Sudah Ditemui, Kini Terima Rawatan Di HUS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?