• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Maut, Rakan Kritikal Bergaduh Di Pusat Hiburan Di Kota Kinabalu

Oleh
Aina Musa
16 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Maut, Rakan Kritikal Bergaduh Di Pusat Hiburan Di Kota Kinabalu

Takziah diucapkan

Lelaki Maut, Rakan Kritikal Bergaduh Di Pusat Hiburan Di Kota Kinabalu. Seorang lelaki maut dan rakannya dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya, awal pagi tadi.

Mangsa, seorang lelaki berusia sekitar 20-an, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala rakannya yang kritikal sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

Lelaki Maut, Rakan Kritikal Bergaduh Di Pusat Hiburan Di Kota Kinabalu
Lelaki Maut, Rakan Kritikal Bergaduh Di Pusat Hiburan Di Kota Kinabalu. Sumber: Utusan Borneo

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pekerja pusat hiburan tersebut kira-kira jam 2 pagi.

Beliau berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian untuk menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terlibat dalam pergaduhan dengan suspek yang dipercayai akibat perselisihan faham.

“Kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia, manakala rakannya yang cedera parah kini masih menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim berkata pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan tersebut.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, polis mengesan suspek namun belum mengenal pasti mereka.

“Usaha kini dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua mangsa datang ke pusat hiburan berkenaan untuk berhibur dan pemeriksaan mendapati premis itu telah beroperasi selama enam bulan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000
Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Notis Penutupan Sementara Di Sepanjang Jalan Kuching-Serian Dari 14 Jun Hingga 5 Julai
Next Article Pentingkan Keikhlasan Dan Kerja Keras, Premier Sarawak Tak Peduli Fitnah Terhadap Kepimpinannya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?