• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan

Oleh
Farisha
16 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengeluaran tunai mencurigakan, ‘orang dalam’ bank ditahan subahat keluar RM24.2 juta dari akaun simpanan pelanggan

Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan. Polis telah menahan seorang kakitangan bank berusia 38 tahun di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sejumlah RM24.2 juta hilang daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Yoosuf berkata, mereka menerima empat laporan di Petaling Jaya, Selangor, pada awal Jun mengenai kerugian berjumlah RM24.2 juta.

Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan
Pekerja Bank Di Kota Kinabalu Ditahan Selepas RM24 Juta Lesap Dalam Akaun Simpanan

Pengadu menafikan pengeluaran di KK, dan kakitangan bank didakwa membuat pengeluaran tersebut

Pengadu yang terdiri daripada pemegang akaun dan kakitangan bank melaporkan pengeluaran tunai yang mencurigakan dibuat di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan dengan bank itu.

Pemilik akaun menafikan pengetahuan mengenai perkara itu dan berkata mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran.

Pada 13 Jun, suspek berusia 38 tahun ditahan di Kota Kinabalu. Siasatan mendedahkan terdapat sindiket yang terlibat dengan anggotanya yang bekerja dengan pihak bank kerana pengeluaran hanya boleh dilakukan secara dalaman.

Antara barang yang dirampas

Menurut laporan, pihak polis merampas tiga telefon bimbit, lapan kad ATM pelbagai bank, wang tunai sebanyak RM4,400, dan sebuah komputer riba.

Siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap beberapa individu lain yang terlibat. Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, sebatan dan denda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis
Dakwaan Wanita Di Kuching ‘Hilang’ RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan Misteri Kota Saranjana, Bandar Ghaib Di Kalimantan Selatan
Next Article SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000 SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?