• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja

Oleh
Aina Musa
25 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja

Bergaduh hanya kerana baja

Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja. Seorang lelaki maut dipercayai selepas bergaduh, gara-gara menuduh seorang individu mencuri baja miliknya dalam kejadian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, dekat sini, petang semalam.

Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja
Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja. Sumber: The Sun Daily

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menahan suspek lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada kira-kira pukul 6 petang.

“Suspek mengaku telah bergaduh dengan mangsa yang berusia 47 tahun. Mangsa telah menahan suspek yang sedang menunggang motosikal di tengah jalan sebelum terus mencekak baju dan menumbuk suspek namun, tumbukan hanya terkena sedikit di bahagian pipi,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berlaku pergelutan antara mereka

Menurutnya suspek kemudian bertindak membalas dengan menumbuk mangsa pada bahagian hidung dan berlaku pergelutan antara mereka yang masing-masing bekerja sendiri sehingga kedua-duanya jatuh ke dalam tali air berhampiran.

Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja
Gambar hiasan

Beliau berkata setelah naik ke darat, beberapa penduduk kampung yang melalui tempat kejadian telah meleraikan pergaduhan tersebut dan suspek beredar pulang ke rumahnya namun mangsa dikatakan secara tiba-tiba rebah dan tidak menyedarkan diri berdekatan motosikal miliknya.

Suspek turut positif dadah

Mohd Yusri berkata pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke tempat kejadian untuk mengumpul barang bukti dan ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis Methampethamine.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan permohonan reman terhadap suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk kes dadah itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini.

Baca lagi artikel terkini:

Rakaman CCTV Budak Lelaki Tiba-Tiba Jatuh Tergolek, Buat Netizen Di TikTok Berdekah
Tunjuk Lagak Samseng, Video Pemandu Myvi Di Sabah Ini Buat Netizen Geram
SUMBER :the sun daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakaman CCTV Budak Lelaki Tiba-Tiba Jatuh Tergolek, Buat Netizen Di TikTok Berdekah
Next Article Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?