• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED

Oleh
Aina Musa
25 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED

Kini diterangi dengan kelipan lampu LED yang menawan

Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED. Jambatan Merah Bintangor kini diterangi dengan lampu LED pada waktu malam setelah projek pemasangan lampu di jambatan terbabit siap dilaksanakan.

Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED. Sumber: Utusan Borneo

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata Jambatan Merah Bintangor merupakan penghubung utama penduduk ke Sarikei, pekan Bintangor dan sekitarnya.

Projek pemasangan lampu LED itu sudah siap sepenuhnya

“Projek memasang lampu LED di Jambatan Merah Bintangor mula dilaksanakan pada 15 Ogos lalu dan siap sepenuhnya lebih awal daripada jadual ditetapkan.

“Projek ini menelan belanja sejumlah RM100,000 dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta dikendalikan Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dengan reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED
Sumber: SUPP Bintangor Branch

“Siapnya pembinaan ini, ia menjadi satu lagi daya tarikan baharu di pekan Bintangor,” kata Ding ketika merasmikan Pemasangan Lampu LED di Jambatan Merah Bintangor semalam.

Menurutnya, selain menjadi sudut tarikan pemasangan lampu LED di kawasan ini juga amat penting memastikan keselamatan pengguna jalan raya melalui laluan ini.

Lebih banyak projek di Bintangor bakal dilaksanakan

Katanya, beliau kini berusaha memasang lebih banyak lampu jalan di laluan utama pada masa akan datang.

“Kita berharap mendapat lebih banyak peruntukan pada tahun depan untuk merealsasikan hasrat itu.

Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED
Jambatan Bintangor

“Sehubungan itu, kita berharap rakyat terus bersatu dan bekerjasama bagi memantapkan usaha kerajaan membangunkan Meradong,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, Setiausaha Politik Premier Sarawak Teng Ung Woo serta wakil-wakil jabatan kerajaan.

Lagi tarikan di Bintangor:

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor
Dari Hidangan Utama Hingga Pencuci Mulut, Secret Garden Sibu Tawar Aneka Makanan Menarik

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja Lelaki Maut Selepas Bergaduh Dengan Jiran Hanya Kerana Baja
Next Article Tular Wajah Seorang Lelaki Guna Grab Atau Maxim Di Miri Tetapi Enggan Bayar Dan Berhutang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?