• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA

Oleh
Nazihah AN
24 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA

Ingatkan sorang je, rupanya ramai orang yang sanggup panjat pokok

Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA. Sukan benar-benar menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Perkara ini terbukti apabila ribuan penyokong menyaksikan perlawanan sengit antara Sabah FC dan Keningau FA di Kompleks Sukan Keningau pada malam tadi. Sampaikan ada yang sanggup memanjat pokok untuk memberi sokongan.

Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA

Kebanjiran peminat di stadium menyaksikan tiada satu kerusi pun yang terlepas daripada diisi. Malah, dianggarkan lebih 10 ribu orang turut berada di luar stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.

Tiada tiket untuk masuk stadium bukan menjadi halangan untuk tetap memberi sokongan, ramai daripada peminat sanggup memanjat pokok-pokok sekeliling kawasan stadium. Sementara itu, lebih 15,000 penonton turut menyaksikan perlawanan itu melalui siaran langsung di page Keningau FA.

Semangat kesukanan yang tinggi ini membuktikan betapa rakyat Malaysia, yang amat menggemari sukan bola sepak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menyaksikan aksi pemain kegemaran mereka.

Selain itu, suasana meriah ini juga mencerminkan perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Peminat dari pelbagai latar belakang berkumpul sebagai satu demi menyaksikan perlawanan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga semangat kesukanan yang tinggi ini dapat terus dikekalkan dan sukan dapat menjadi pemangkin perpaduan negara pada masa akan datang. Tahniah kepada Keningau atas kejayaan menganjurkan acara sebegini yang diiringi dengan sokongan membara daripada peminat setempat.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini
Next Article Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?