• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan

Oleh
Aina Musa
24 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan

Kantoi selepas mangsa meilhat rakaman CCTV

Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan. Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret di Sibu hari ini kerana mencuri dua helai seluar dalam wanita dari kawasan perumahan di Sibu Jaya.

Gani Pau, 37 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan diperintahkan oleh Majistret Romario Jonoi untuk menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 19 April lepas.

Kantoi Curi Seluar Dalam Wanita, Lelaki Dari Sibu Dipenjara Dua Bulan. Sumber: Utusan Borneo

Menurut pertuduhan, Gani dituduh mencuri dua helai seluar dalam wanita dari sebuah kediaman di Town Villa Sibu Jaya pada 18 April 2024, kira-kira jam 12.59 tengah malam.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahannya.

Berdasarkan fakta kes, pada 18 April 2024 kira-kira jam 10 pagi, seorang pengadu wanita berusia 50 tahun mendapati seluar dalamnya serta milik ahli keluarganya yang digantung pada penyangkut baju telah hilang dan dipercayai dicuri.

Selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka, pengadu mendapati kejadian tersebut berlaku pada 18 April 2024, kira-kira jam 12.59 tengah malam.

Pengadu membuat laporan polis dan keesokan harinya, kira-kira jam 1 petang, pihak polis telah menahan tertuduh dari kawasan perumahan yang sama.

Pihak polis juga merampas dua helai seluar dalam wanita berwarna jingga dan merah jambu serta pakaian yang digunakan oleh tertuduh semasa menjalankan jenayah tersebut sebagai bukti.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Demi Beri Sokongan Padu Sabah FC VS Keningau FA
Next Article Pekerja Kantoi Seludup Telur Penyu Dikenakan Denda RM 26,910 Di Kuching Pekerja Kantoi Seludup Telur Penyu Dikenakan Denda RM 26,910 Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?