• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Selamatkan Adik OKU Dari Kebakaran, Lelaki Sabah Ini Masuk ICU Selepas Terhidu Asap

Oleh
Nazihah AN
27 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Selamatkan Adik OKU Dari Kebakaran, Lelaki Sabah Ini Masuk ICU Selepas Terhidu Asap

Demi selamatkan adiknya yang OKU, lelaki ini terpaksa dikejarkan ke hospital

Demi Selamatkan Adik OKU Dari Kebakaran, Lelaki Sabah Ini Masuk ICU Selepas Terhidu Asap. Seorang lelaki berani gadai nyawanya untuk menyelamatkan adik perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) daripada menjadi mangsa kebakaran selepas rumah mereka di Kampung Pilajau, di sini, hangus terbakar semalam.

Tindakannya itu juga berjaya menyelamatkan beberapa kediaman jiran daripada musnah terbakar.

Demi Selamatkan Adik OKU Dari Kebakaran, Lelaki Sabah Ini Masuk ICU Selepas Terhidu Asap
Demi Selamatkan Adik OKU Dari Kebakaran, Lelaki Sabah Ini Masuk ICU Selepas Terhidu Asap. Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu menyebabkan Azmi Nuin, berusia 47 tahun, mengalami kesukaran bernafas dipercayai kerana menghirup asap dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Beaufort, sementara adiknya, Noraidah, berusia 39 tahun, selamat.

Pada waktu kejadian, Azmi dan Noraidah berada di dalam rumah sementara tiga ahli keluarga lain berada di tempat lain.

Saat api sedang marak, dikatakan Azmi segera mengeluarkan adiknya dan berusaha memadamkan api yang sedang marak untuk menghindari api daripada merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hasbullah Nenggok menyatakan, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian kebakaran pada jam 8.02 malam.

Beliau menyatakan, sebanyak 12 pegawai dan anggota berserta dua buah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, didapati sebuah rumah jenis kekal telah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan untuk mengawal kebakaran dan seorang mangsa lelaki yang cuba memadamkan api mengalami kesukaran bernafas,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort menggunakan jentera EMRS untuk rawatan selanjutnya.

“Anggota kami menghadapi kesulitan untuk masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemadaman kerana bekalan elektrik masih aktif, lalu kami menghubungi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mendapatkan bantuan.

“Operasi pemadaman juga dibantu oleh BBP Kuala Penyu untuk sumber air kerana tiada pili bomba atau sumber air terbuka berdekatan dengan lokasi kebakaran,” katanya lagi.

Mohamad Hasbullah menyatakan, operasi berjalan lancar pada jam 8.55 malam dan berakhir sepenuhnya sejam kemudian.

“Punca kejadian masih dalam penyiasatan,” tambahnya.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Remaja Rogol Kekasih Bawah Umur Di Kuching Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Bunuh Dua Warga Indonesia, Seorang Warga Filipina Dijatuhkan Hukuman Penjara 80 Tahun Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Rogol Kekasih Bawah Umur Di Kuching Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Remaja Rogol Kekasih Bawah Umur Di Kuching Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Next Article Chef Berasal Dari Kuching Jadi Anak Sarawak Pertama Terima Bintang Michelin Chef Berasal Dari Kuching Jadi Anak Sarawak Pertama Terima Bintang Michelin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?