• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Tak Dikenali Tiba-Tiba Tarik Gagang Kereta, Wanita Di Sibu Ini Nyaris Hilang Bayi

Oleh
Ismail NA
23 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Aihh seram betul!

Lelaki Tak Dikenali Tiba-Tiba Tarik Gagang Kereta, Wanita Di Sibu Ini Nyaris Hilang Bayi. Walaupun kita merasakan bahawa kita adalah orang biasa yang mungkin tidak dikenali oleh sesiapa, namun sesiapa sahaja boleh mengancam keselamatan diri kita. Perkara sebegini kerap berlaku terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak.

Isi Isi Penting
  • Aihh seram betul!
  • Lelaki tak dikenali tiba-tiba datang dan masukkan kaki dalam kereta
  • Nak minta bayi 15 bulan
  • Baca juga:

Semalam, seorang wanita berusia 28 tahun menghadapi detik cemas diganggu seorang lelaki yang tidak dikenali semalam di Jalan Mission, Sibu.

Lelaki tak dikenali tiba-tiba datang dan masukkan kaki dalam kereta

Menerusi laporan akhbar tempatan, wanita tersebut pada ketika itu sedang menunggu bapanya menyelesaikan urusan di bank berhampiran. Turut berada bersama wanita tersebut dalam kenderaan adalah anaknya yang berusia 6 tahun serta anak buahnya yang berusia 15 bulan.

Lelaki Tak Dikenali Tiba-Tiba Tarik Gagang Kereta, Wanita Di Sibu Ini Nyaris Hilang Bayi
Cubaan penganggur untuk membuka pintu tidak berjaya. Sumber foto: DayakDaily

Tidak semena-semena, kenderaan mereka didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan tiba-tiba menarik-narik gagang pintu kereta.

Wanita tersebut menurunkan cermin tingkap kereta dan bertanya apa yang dimahukan oleh lelaki tersebut. Lelaki itu yang juga merupakan seorang penganggur bertindak semakin agresif dan sempat memasukkan sebelah kakinya melalui tingkap kereta bagi mengelak wanita tersebut daripada memandu lari.

Bimbang akan keselamatan diri dan dua kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan tersebut, wanita itu membuat panggilan kepada bapanya. Bapanya meluru keluar daripada bank dan berhadapan dengan lelaki mencurigakan itu.

Nak minta bayi 15 bulan

Tanpa segan silu, penganggur tersebut memberi jawapan bahawa dia mahukan bayi yang ada di dalam kereta tersebut dan cuba untuk membuka pintu kereta itu lagi.

Bapa wanita itu segera meminta bantuan daripada pengawal keselamatan bank. Sebaik sahaja penganggur itu melihat kelibat kakitangan bank, dia terus melarikan diri.

Lelaki berusia 31 tahun tersebut tidak sempat menyelamatkan diri apabila dicekup pihak polis dan dihantar ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki Tak Dikenali Tiba-Tiba Tarik Gagang Kereta, Wanita Di Sibu Ini Nyaris Hilang Bayi
Jalan Mission, Sibu. Kredit foto: Polomap

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai terutamanya wanita dan kanak-kanak dinasihatkan untuk sentiasa mengunci pintu kenderaan sekiranya bersendirian di tempat awam.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan
Next Article Bantu Golongan B40, Yayasan Farley Tawar Biasiswa Penuh Kepada Pelajar UTS Di Sibu Bantu Golongan B40, Yayasan Farley Tawar Biasiswa Penuh Kepada Pelajar UTS Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?