• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan

Oleh
Nazihah AN
23 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan

Setelah mendapat bantuan, mereka meminta lagi

Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memang ramai sifat pemurah. Mereka juga telah mengurangkan beban bagi golongan yang memerlukan ketika musim covid ini. Namun, juga ada yang mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang ramai.

Isi Isi Penting
  • Setelah mendapat bantuan, mereka meminta lagi
  • Kasihan dengan anak-anak yang masih kecil
  • Kesal, rupanya ramai yang dah terkena
  • Sebelum ini juga pernah tular isu yang sama di Bako
  • Lagi di sini:

Kasihan dengan anak-anak yang masih kecil

Inilah yang berlaku terhadap seorang pengguna Facebook ini. Menurut hantarannya di kumpulan Facebook, gadis ini telah meluahkan rasa kecewa terhadap pasangan suami isteri ini. Perkongsian gadis ini telah mendapat perhatian dan menjadi bualan netizen di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian gadis tersebut, difahamkan bahawa dia telah bertindak untuk menolong sepasang suami isteri setelah melihat perkongsian milik si isteri tersebut dari kumpulan Facebook. Rasa kesian lagi-lagi mereka yang mempunyai anak kecil, gadis tersebut pergi membeli barang keperluan dan juga keperluan bayi seperti susu dan pampers.

Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan
Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan. Sumber gambar: FB 하나핮표

Kesal, rupanya ramai yang dah terkena

“Salam, saya mohon bantuan sedikit barang makan dan susu, pampers untuk bayi saya.”
Kongsian di kumpulan Facebook

Setelah menghantar barang keperluan seharian untuk suami isteri tersebut, ternyata mereka masih lagi memuat naik perkongsian untuk meminta bantuan di mana-mana kumpulan di Facebook.

Rasa tertipu, gadis ini bertindak untuk meninggalkan komen di perkongsian isteri tersebut

“Baru satu hari saya bagi tak cukup kah? Dah bagi barang dan duit. Saya rasa barang yang saya bagi boleh baby dan kamu makan 2 minggu. Jangan buat macam ini sis. Kasihan maruah suami kamu.”

Susulan dengan komen tersebut, rupa-rupanya ada juga yang telah menghantar bantuan makanan kepada suami isteri itu. Meninjau ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa mereka ‘scammer‘ dan sering meminta bantuan orang ramai dari kumpulan Facebook sejak tahun lepas lagi.

Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan
Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan

Sebelum ini juga pernah tular isu yang sama di Bako

Pernah tular isu sepasang suami isteri yang turut mohon bantuan kewangan, pampers dan susu anak serta kisah kesempitan hidup yang dihadapi sebuah keluarga di Taman Mesra Bako, Kuching.

Netizen merasa tidak adil untuk yang lain kerana masih ramai memerlukan. Bimbang isu ini akan membuatkan individu yang benar-benar terdesak tidak mendapat keperluan yang sepatutnya.

Untuk golongan asnaf dan individu yang memerlukan keperluan seharian anda boleh membuat permohonan di Baitulmal dengan harapan golongan yang memerlukan dan menghadapi kesempitan hidup dapat memohon dan menerima bantuan yang sepatutnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun
Next Article Lelaki Tak Dikenali Tiba-Tiba Tarik Gagang Kereta, Wanita Di Sibu Ini Nyaris Hilang Bayi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?