• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Lelaki Ugut Warga Emas Dengan Besi Di Bintulu Buat Netizen Panik

Oleh
Aina Musa
1 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Video Lelaki Ugut Warga Emas Dengan Besi Di Bintulu Buat Netizen Panik

Hampir pukul ‘aki’ dengan besi buruk

Tular Video Lelaki Ugut Warga Emas Dengan Besi Di Bintulu Buat Netizen Panik. Belum selesai isu lelaki libas parang di jalan raya Bintulu, tular pula rakaman terbaru seorang lelaki bersenjata cuba mengganggu seorang warga emas di Bintulu, Sarawak.

Rakaman yang berdurasi seminit itu mencetuskan kebimbangan orang awam terutama warga tempatan apabila pelaku berani bertindak mengganggu sedemikian secara terbuka.

Tular Video Lelaki Ugut Warga Emas Dengan Besi Di Bintulu Buat Netizen Panik
Tular Video Lelaki Ugut Warga Emas Dengan Besi Di Bintulu Buat Netizen Panik. Sumber: Facebook

Menurut laporan daripada Majoriti, pada awalnya, seorang saksi kejadian, Florence Chel Patrick meletakkan kenderaannya berhampiran kawasan tersebut dan anaknya mulai menegur mangsa.

“Saya kemudiannya menyuruh anak saya memberikan wang sebanyak RM4 kepada warga emas terbabit.

“Secara tiba-tiba lelaki kurang waras tersebut menghampiri lelaki tua itu dan terus membuat kacau,” tulisnya.

Lebih malang, Florence mendakwa, suspek terus memukul warga emas yang berada di hadapan kedai dengan menggunakan sebatang besi buruk yang dibawa bersama pada masa itu.

Kejadian yang terjadi di hadapan matanya mencetuskan rasa sayu sehingga dia bertindak menyebarkan kejadian itu di media sosial.

“Makin menjadi orang gila di Bintulu ini. Orang lalu depan kedai pun kena pukul,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa pilu melihat kejadian itu.

“Pergi ke balai, buat laporan polis dan tunjukkan video itu sebagai bukti,” tulis Elizabeth Sulah Janting.

“Oh tidak, kasihan lelaki tua itu… Hati-hati cuba jangan keluar kereta dahulu,” tulis Lyana Myhea.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Baca lagi artikel menarik:

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu
Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Kuching Sasar Mangsa Melalui Aplikasi Bumble Dan Tinder
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiket Masuk Borneo Cultures Museum Kini Boleh Dibeli Melalui Dalam Talian Tiket Masuk Borneo Cultures Museum Kini Boleh Dibeli Melalui Dalam Talian
Next Article Pemandu Didakwa Culik Anak, PGA Sabah Paksa Turun Kereta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?