• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
15 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh menunjukkan video lucah kepada mangsa sebelum merogolnya.

Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun. Dipetik daripada laporan Borneo Post, warga emas lelaki berusia 60 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun atas kesalahan seks luar tabii atas anak buah perempuannya yang hanya berusia 12 tahun. Dipercayai bahawa mangsa kini mengandung 4 bulan.

Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun
Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun. Kredit gambar: The Borneo Post

Tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan

Hakim Mahkamah Sesyen Syarifuddin Abdul Rasa menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Perbuatan keji tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah panjang di pekan Tatau, Bintulu pada 6 Jun 2021 dan 10 Julai 2021 di antara jam 8 malam dan 9 malam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun bagi pertuduhan pertama dan 12 tahun bagi pertuduhan kedua serta memerintahkan agar hukuman dilakukan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 4 November 2021.

Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun
Gambar sekadar hiasan

Tertuduh menunjukkan video lucah kepada mangsa

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa meminta untuk meminjam telefon bimbit daripada tertuduh namun tertuduh sebaliknya menunjukkan video lucah kepada mangsa dan melakukan kesalahan tersebut.

Bagi mangsa serangan seksual di luar sana, lapor segera kepada pihak berkuasa agar tindakan yang sepatutnya boleh diambil. Walaupun penyerang merupakan individu yang anda kenali atau sayangi, mereka adalah penjenayah yang perlukan hukuman setimpal.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching
Next Article Merancang Untuk Menonton Filem Di Pawagam? Ini 5 Tips Untuk Anda Bagi Pengalaman Yang Best Merancang Untuk Menonton Filem Di Pawagam? Ini 5 Tips Untuk Anda Bagi Pengalaman Yang Best

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?