• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
15 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek diberkas dalam Op Samseng Jalanan di Kuching.

Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang anggota sukarelawan telah ditahan pihak berkuasa dalam Op Samseng Jalanan di Kuching pada malam Sabtu kerana melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal.

Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching
Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching. Kredit Gambar: Utusan Borneo

Suspek bekerja sebagai anggota sukarelawan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai anggota sukarelawan ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Suspek menunggang motosikal dengan melakukan aksi meniarapkan badan di atas tempat duduk dengan kaki menjulur lurus ke belakang ala Superman,” jelas beliau dalam kenyataan semalam. 

Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching
Gambar sekadar hiasan

Operasi diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Di samping itu, Alexson memberitahu, operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ASP Kenny Charles bersama enam anggota, dijalankan bermula 11 malam Sabtu hingga 3.30 pagi semalam. 

Beliau berkata bahawa, Op Samseng Jalanan BSPT IPD Padawan itu dilaksanakan di dua lokasi iaitu Jalan Stephen Yong dan Jalan Kuching-Serian. 

“Dalam operasi ini tiga individu telah diperiksa dan enam keping saman telah dikeluarkan,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Next Article Lelaki Warga Emas Rogol Anak Buah 12 Tahun Sehingga Mengandung Di Bintulu, Dijatuhkan Penjara 23 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?