Pelajar darjah 3 ditikam dengan pensel sehingga tangan bernanah
Lengan Berlubang Ditikam Rakan Sekelas Dengan Pensel, Sebab Suruh Kutip Sampah. Seorang ibu berasa sedih dan kecewa apabila sepupunya memaklumkan kepadanya bahawa lengan anaknya telah dicederakan dengan pensil oleh rakan sekelas.
Menurut laporan, ibunya amat terkilan dengan sikap sambil lewa ibu kepada murid yang didakwa menikam anaknya, yang dikenali sebagai Danish.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa dia dberitahu oleh sepupunya mengenai hal tersebut selepas mengambil Danish pulang dari sekolahnya di Guar Chempedak, Kedah.
“Saya dapat tahu fasal anak kena tikam dengan pensel kayu tu lepas sepupu beritahu. Kebetulan sepupu memang jiran sebelah rumah saya dan anak dia pun sekelas dengan Danish.
“Saya seorang peniaga, jadi dia yang ambil anak saya pulang dari sekolah setiap hari,” katanya memetik sumber.
Puncanya sebab berang kena suruh kutip sampah
Sementara itu, difahamkan punca kejadian tersebut disebabkan murid berkenaan berang apabila Danish menyuruhnya mengutip sampah. Menurut cerita anak sepupunya, Danish menangis di dalam kelas apabila lengannya luka akibat dicucuk menggunakan mata pensel tajam.
“Budak tu buang sampah merata-rata dalam kelas jadi anak saya tegurlah jangan buang sampah bawah meja. Tiba-tiba budak tu marah-marah dan ambil pensel tikam Danish.
Nasib baik kena tangan, bukan mata
“Masa kena tikam tu dia menangis tapi katanya cikgu tak ada dalam kelas. Balik rumah dia memang takut-takut nak beritahu apa yang berlaku masa saya tanya. Ni nasib baik tertikam tangan. Kalau kena mata, buta anak saya.
“Saya pernah jadi nurse (jururawat) selama 14 tahun kerja di klinik dulu, jadi saya dressing (cuci luka) dia sendiri di rumah. Saya cuci biasa saja tak bawa pergi klinik sebab ingatkan luka biasa,” ujarnya.
Dalam beberapa hari, ibunya terkejut serpihan mata pensel terkeluar dari luka tangan Danish
Bagaimanapun, selepas hari kelima, ibunya terkejut apabila mendapati serpihan mata pensel terkeluar dari luka bernanah anaknya. Dia kemudiannya membawa Danish ke klinik Kedah untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mencegah jangkitan kuman.
“Saya ada maklumkan perkara ini dekat cikgu. Pihak sekolah cakap nak siasat dahulu.
“Masa hari mata pensel tu keluar dari kulit lengan, anak saya mengalami demam dan pening kepala. Tapi lepas tu dia okay semula, Danish pergi sekolah macam biasa.
Bukan kali pertama anaknya diperlakukan sebegitu
“Ini bukan pertama kali anak saya kena ‘benda’ macam ni. Sebelum ni ada pelajar tuang air Vitagen atas kepala dia. Kasihan juga, kami baru saja pindahkan dia ke sekolah ni bulan Oktober lalu,” ujar ibunya lagi.
Tiada permohonan maaf dari ibu murid berkenaan
Hantaran si ibu itu telah tular di Facebook, dia meluahkan rasa terkilan apabila tiada permohonan maaf dibuat oleh ibu kepada murid tersebut.
