• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor

Oleh
ILB - AI
3 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Coffee In A Box, aesthetic dan tersembunyi.

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor. Pasti anak muda gemarkan suasana ”aesthetic” sambil menikmati secawan kopi. Tidak terkecuali untuk yang gemarkan hidangan barat sebagai santapan. Kini, di Bintangor terdapat tempat menarik yang sesuai dengan citarasa ini.

Agak tersembunyi daripada pandangan umum. Sesuai dengan namanya ”Coffee In The Box”. Sebuah tempat yang menyediakan pelbagai hidangan dan minuman yang menjadi salah satu tarikan baru di pekan Bintangor.

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor
Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor. Sumber gambar: FB Coffee In A Box

Daripada hanya kontena, kini ada Rooftop ! Menyenangkan.

Terletak di kawasan perumahan, Taman Alomara yang berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, tempat yang baru sahaja siap direnovasi ini telah menjadi tumpuan para warga setempat kerana suasananya cukup menarik serta menyenangkan.

Pada awalnya, perniagaan ini hanya menjadikan minuman seperti berasaskan kopi dan pencuci mulut seperti kek sebagai produk jualan. Yang menarik lagi apabila pengusahanya menggunakan sebuah kontena yang direnovasi untuk menjadi tempat perniagaan untuk para barista membancuh kopi dan sebagainya. Namun, pada pertengahan Julai yang lalu, perniagaan ini telah berkembang dan telah menyediakan hidangan masakan Barat serta keluasan perniagaannya turut bertambah.

Daripada Kontena Kini Ada Rooftop, Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Warga Bintangor Yang Gemarkan Suasana Aesthetic
Sumber gambar: FB Bintangor Bandar Limau

Antara yang menarik adalah kawasan yang terbuka untuk para pengunjung menikmati santapan mereka dan berada di ”rooftop”. Hal ini sangat menarik kerana suasana terbuka pada sebelah petang dan malam sangat sesuai untuk pengunjung yang inginkan ketenangan daripada hiruk-pikuk bandar sambil menikmati hidangan mereka.

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor
Sumber gambar: FB Ting Ting Chua

Bukan sahaja suasananya yang menarik malah pelbagai pilihan hidangan dalam menu yang disediakan turut menarik para warga setempat ke sini. Antaranya adalah Grill Chicken Rice Set, Chicken Chop Aglio e Olio, Signature Mee Mamak dan banyak lagi pilihan.

Lepak Atas Rooftop, Kafe Kontena Estetik Ini Tarikan Terbaru Untuk Warga Bintangor
Sumber gambar: FB Ting Ting Chua

Mula beroperasi seawal jam 11.30 tengahari sehingga pukul 10 malam maka anda boleh jadikan Coffee In A Box sebagai tempat untuk makan tengahari bersama rakan sekerja atau makan malam bersama keluarga. Rancang masa anda sebaiknya!

Antara tempat menarik yang boleh dijadikan pilihan untuk anda sekiranya anda berada di sekitar kawasan Bintangor seperti Sarikei mahupun Sibu, boleh baca artikel berikutnya:

https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-5-tempat-makanan-western-di-sibu/

Setinggan Cafe, Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu
SUMBER :FB Coffee In A BoxFB Bintangor Bandar LimauFB Ting Ting Chua
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Tak Mengajar 7 Bulan, 4 Pelajar Sabah Nekad Fail Saman
Next Article Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?