• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO

Oleh
Aina Musa
26 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO

Kinabalu National Park Diisytihar Sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark

Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO. Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki “Triple Crown” Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris dua hari lepas, yang meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China, yang memiliki tiga tapak warisan UNESCO.

Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO
Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO. Kredit: Google

“Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Taman-Taman Sabah,” kata Hajiji dalam kenyataan.

Dua lagi “crown” UNESCO di Taman Kinabalu Sabah ialah Tapak Warisan Dunia, dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker UNESCO, yang masing-masing diisytiharkan pada 2 Dis 2000 dan 12 Jun 2014.

Beliau berkata Geopark Global UNESCO Kinabalu meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global, yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada di Sabah.

Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO

“Geopark memiliki banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di muka bumi ini.

“..ini pastinya akan membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” katanya.

Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara.

Label Geopark Global UNESCO mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan geopark memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan warisan geologi penting mereka dengan outreach awam, di samping pendekatan yang mampan untuk pembangunan.

Baca lagi artikel menarik:

Diiktiraf Oleh UNESCO, Bandar Kuching Rangkul Anugerah Gourmand World Cookbook Award Di Paris
Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lepau Uten Port Terbaik 'Healing' Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau Lepau Uten Port Terbaik ‘Healing’ Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau
Next Article Aiskrim Kacang Merah Sedap Berlemak Manis, Boleh Buat Untuk Makan Sendiri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?