• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka

Oleh
Nazihah AN
27 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka

Pentingnya bertolak ansur dan common sense di tempat awam.

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka. Sebuah luahan rasa kecewa dilontarkan oleh seorang wanita bahawa kebanyakan orang di Kuching ini tidak menggunakan eskalator ketika berkunjung ke pusat membeli-belah.

Wanita tersebut merasa kecewa apabila dia bersama-sama dengan anak kecilnya yang menggunakan stroller terpaksa menggunakan eskalator. Setiap kali lift sampai, ia selalu dipenuhi dengan orang yang membuatkan mereka terpaksa menunggu.

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka
Gambar sekadar hiasan

Majoriti yang menggunakan lif tersebut adalah orang muda yang sihat

Apa yang lebih mengecewakan adalah ramai orang yang menggunakan lif adalah anak muda yang sihat dan tangan kosong. Kecewa dengan lif yang asyik penuh, wanita ini terpaksa turun menggunakan eskalator. Wanita tersebut luah di laman Facebooknya, semalam.

Selama saya di Viva berapa kali naik turun tangga dan eskalator bawa anak-anak bawa stroller sebab lif sentiasa penuh. Tapi muka-muka orang dalam lif semua bukan OKU, bukan patah kaki, bukan bawa anak, bukan pregnant dan bukan orang tua”

Wanita ini berharap agar masyarakat lebih sensitif terhadap ibu bapa yang membawa stroller atau golongan tua yang menggunakan kerusi roda. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Wanita ini juga memohon agar semua orang lebih peka pada masa akan datang.

Sekiranya seseorang mempunyai tangan kosong, mengapa tidak menggunakan eskalator sebagai alternatif?

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka
Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka. Sumber: Facebook

Situasi seperti ini menunjukkan betapa pentingnya bertolak ansur dan memiliki common sense apabila berada di tempat awam. Kita harus memikirkan orang lain selain daripada diri kita sendiri.

Rata-rata netizen bersetuju dengan luahan wanita tersebut malah turut menghadapi keadaan yang sama ketika mmbawa anak-anak mereka guna stroller.

Ketika kita berada di pusat membeli-belah atau tempat awam lain, kita perlu menghormati hak orang lain untuk menggunakan kemudahan yang disediakan untuk semua orang. Kita perlu mengambil kira golongan yang memerlukan lebih banyak bantuan seperti ibu bapa yang membawa stroller atau golongan tua yang menggunakan kerusi roda.

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka
Sumber: Facebook

Masyarakat perlu berubah fikiran dan bertindak mengikut keperluan orang lain. Kita perlu memikirkan keselesaan orang lain dan memberikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, bertolak ansur dan common sense adalah nilai-nilai yang penting dalam kehidupan seharian kita dan dapat membantu mencipta suasana yang harmoni dan sejahtera dalam masyarakat kita.

Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka
Lif Di Vivacity Kuching Asyik Penuh, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Ramai Kurang Peka

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan
Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gitar 'Vintage' Patah, Band Dari Sarawak Ini Kecewa Dengan Kecuaian Syarikat Penerbangan Ini Gitar ‘Vintage’ Patah, Band Dari Sarawak Ini Kecewa Dengan Kecuaian Syarikat Penerbangan Ini
Next Article Bunga Betik Jadi Menu Harian, Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?