• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
26 Disember 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak. Kredit : Twitter @afinayian

Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak. Ada sesiapa yang terlepas menyaksikan gerhana matahari cincin? Fenomena yang berlaku setiap 21 tahun tersebut telah menggemparkan seluruh Malaysia hari ini. Di Sarawak, masyarakat di sekitar Bandar Serian dan Kota Samarahan berpeluang untuk menyaksikan fenomena tersebut dengan terang dan jelas memandangkan fenomena tersebut berlaku tepat di tempat berkenaan.

Kredit : FB Zaharah Sabadar
Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Kredit : FB Tengku Ascmz
Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Kredit : FB Qadry Sukma

Untuk pengetahuan anda, fenomena gerhana cincin ini berlaku disebabkan kedudukan bumi, matahari dan bulan yang selari. Bagi kawasan yang bukan berada dalam lingkungan tepat fenomena ini, hanya fenomena matahari separa yang dapat dilihat dan membentuk imej seakan-akan bulan sabit.

Laluan gerhana matahari cincin ini bermula dari Semenanjung Arab, kemudian merentas India, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan seterusnya berakhir di Lautan Pasifik.

Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Kredit : Twitter @haqifa00
Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Gerhana matahari di Piasau, Miri. Kredit : Twitter @Sarawak_Aritok
Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Kredit : Twiiter @AMFaiz_

Gerhana Ring Matahari #Eclipse #serian #sarawak pic.twitter.com/HBRdRdw487

— Alicia Ricky (@aliciaricky_) December 26, 2019
https://twitter.com/haqifa00/status/1210095308027203585

Fenomena gerhana matahari cincin di Serian berlaku selama 3 minit 26 saat iaitu pada sekitar jam 1.48 petang. Namun demikian, gerhana separa sudah mula dilihat pada sekitar jam 11.49 pagi dan berkahir pada jam 3.34 petang. Di kawasan lain, gerhana matahari separa akan dapat dilihat dan lebih menyerupai bulan sabit berbanding gerhana berbentuk cincin yang hanya dapat dilihat di Serian dan Kota Samarahan.

Turut dilaporkan bahawa kawasan yang mengalami fenomena ini bertukar sedikit gelap dan mendung, menjadikan suasana sekeliling seolah-olah seperti di lewat waktu senja.

Gerhana matahari cincin ini juga boleh disaksikan di sebahagian Borneo seperti di Singkawang dan Sambas, Kalimantan Barat. Menurut seorang pengguna Twitter yang berasal dari Indonesia, @yunggichi, bayang-bayang yang dirakam semasa terjadinya fenomena ini berubah menjadi sedikit kabur dan membentuk rupa bulan sabit.

Lihat Gambar Awesome Gerhana Matahari Cincin Yang Sempat Dirakam Netizen Di Sarawak
Bayang-bayang sebelum gerhana matahari. Kredit : Twitter @yunggichi
Bayang-bayang yang terbentuk semasa gerhana matahari cincin. Kredit : Twitter @yunggichi

Rata-rata netizen teruja dengan kehadiran gerhana matahari cincin dan sempat merakam momen-momen emas fenomena tersebut. Ada yang mengakui bahawa fenomena tersebut pertama kali disaksikan dalam hidup mereka. Jika terlepas hari ini, mungkin anda perlu menunggu 21 tahun yang seterusnya untuk melihat fenomena yang sama.

https://twitter.com/4mnjfadz/status/1210087027862982657
https://twitter.com/komradnasery/status/1210079226025562112
https://twitter.com/AeraRym/status/1210115036753973250
https://www.facebook.com/danielginting2011/videos/pcb.10212977952238382/10212977933877923/?type=3&theater

Adakah anda sempat menonton fenomena gerhana matahari cincin pada tahun ini? Kongsikan gambar gerhana anda di ruangan komen dan jangan lupa untuk like dan share post ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catatan Ke Kuala Selangor Dari Kaca Mata Anak Sarawak Catatan Ke Kuala Selangor Dari Kaca Mata Anak Sarawak
Next Article Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?