Mantap cuy!
Lihat Reaksi Youtuber Indonesia Ini Dengar Lagu Iban ‘Redak Seribu’. Jarang sekali kita mendengar lagu Iban mendapat perhatian penonton antarabangsa. Apatah lagi bahasa Iban hanya difahami oleh masyarakat di Sarawak dan sekitar Kalimantan Barat. Siapa yang tak tahu akan lagu Iban kegemaran rakyat Sarawak iaitu Bekikis Bulu Betis, kan?
Rupa-rupanya, lagu Iban juga telah mendapat perhatian daripada penonton antarabangsa!
Baru-baru ini, seorang Youtuber yang berasal dari Indonesia, Indo React telah memuat naik video reaksi nya terhadap lagu Iban dari Sarawak. Ini termasuklah lagu popular terbaru kumpulan rock Iban, Masterpiece yang bertajuk ‘Redak Seribu’.
Menerusi video berdurasi 12 minit tersebut, beliau sempat memuji suara vokalis kumpulan Masterpiece yang memiliki ciri-ciri suara penyanyi rock pada zaman 90-an. Begitu juga dengan irama lagu tersebut yang mempunyai vibe tahun 90-an.
Walau pun tidak memahami lirik lagu tersebut kerana dinyanyikan dalam bahasa Iban, namun Youtuber tersebut dilihat sangat terbuka dan berusaha untuk memahami bahasa Iban. Bahkan, beliau turut membuat reaksi terhadap beberapa lagu Iban yang lain.
Dapat DM dari pelanggan Youtube untuk membuat reaksi lagu ‘Redak Seribu’
Menurut Anton, beliau mendapat permintaan untuk membuat reaksi lagu tersebut setelah mendapat direct message (DM) daripada salah seorang pelanggan saluran Youtube nya. Malah, beliau sebelum itu menyedari bahawa lagu tersebut sempat menjadi trending di Youtube namun belum berkesempatan untuk membuat reaksi.
Setelah memuat naik reaksi lagu ‘Redak Seribu’, beliau kemudiannya dilihat memuat naik reaksi terhadap beberapa lagi lagu Iban seperti ‘Kaban’ nyanyian Masterpiece, ‘Pengeran Ati’ nyanyian The Crew, ‘Pengidup Ati’ nyanyian Melissa Francis serta ‘Gayu Babi Nadai Gawai’ (Christina B & Phoebe).
Cover lagu ‘Redak Seribu’ pun dia buat video reaksi!
Bukan itu sahaja, pemilik saluran tersebut yang bernama Anton itu juga turut membuat reaksi terhadap video ‘cover’ lagu tersebut yang dinyanyikan oleh dua gadis Sarawak iaitu Velennie Olivia Jueng dan Lydbie.
Jelasnya, kedua-dua gadis Sarawak tersebut mempunyai nada suara yang merdu dan unik. Apatah lagi lagu tersebut dinyanyikan oleh salah seorang daripada mereka iaitu Lydbie dengan susunan baru yang kedengaran segar dan lain daripada yang lain.
‘Redak Seribu’ sempat trending Top 10 di Youtube, cecah 2 juta tontonan setelah 2 bulan dimuat naik
Untuk pengetahuan anda, lagu Iban ‘Redak Seribu’ pernah menjadi Top 10 trending dalam kategori Muzik di Youtube Malaysia. Sehingga kini, video rasmi lagu tersebut telah mencecah lebih kurang 2 juta tontonan setelah 2 bulan dimuat naik. Wow!
Ruang komen di laman Youtube IndoReact juga dibanjiri dengan netizen yang berasal dari Sarawak dan juga rakyat Malaysia yang memahami bahasa Iban. Ratanya-rata nya berbangga dan berterima kasih pada Anton kerana sudi memberi reaksi terhadap lagu Iban yang jarang didengar oleh penonton luar negara.


Tonton video reaksi lagu Iban yang lain di saluran Youtube Indo React.
Adakah anda peminat lagu Iban? Lagu Iban mana kah kesukaan anda? Kongsikan di ruangan komen.