• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Terlibat Kes Dadah, Lima Pelajar Di Kuching Ditahan

Oleh
Nazihah AN
12 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Didakwa Terlibat Kes Dadah, Lima Pelajar Di Kuching Ditahan

Lima pelajar dikesan terbabit penyalahgunaan dadah dan tindakan telah diambil terhadap mereka.

Didakwa Terlibat Kes Dadah, Lima Pelajar Di Kuching Ditahan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggiatkan kerjasama bagi mengesan dan membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar di negeri itu.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi seperti PDRM, Persatuan Antidadah Malaysia (Pemadam) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membanteras gejala negatif itu.

Didakwa Terlibat Kes Dadah, Lima Pelajar Di Kuching Ditahan
Gambar sekadar hiasan

Beliau menasihatkan pelajar agar menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah atau gangsterisme

Katanya, kerjasama itu bukan sahaja untuk mengesan kes penyalahgunaan dadah, malah meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai bahayanya kepada pelajar serta jenayah berkaitan lain.

“Sepanjang tahun lalu, lima pelajar dikesan terbabit penyalahgunaan dadah dan tindakan telah diambil terhadap mereka. Setakat ini, tiada kes baharu dikesan membabitkan pelajar dan kita akan terus memantaunya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Hari Pertama di Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.

Lukas berkata, kehadirannya adalah bagi membantu meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan aktiviti gangsterisme.

“Saya berharap pelajar terus berdisiplin sepanjang di sekolah dan mematuhi undang-undang serta peraturan. Ramai pelajar hari ini terbabit jenayah seperti mencuri, samseng dan buli. Polis akan sentiasa memantau mereka,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pelajar agar menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah atau gangsterisme supaya tindakan segera dapat diambil untuk membendungnya.

“Jangan melepak di mana-mana selepas waktu sekolah. Pelajar harus terus pulang ke rumah,” nasihatnya.

Baca juga artikel berkaitan, di bawah:

Didapati Bersalah Edar Dadah, Mekanik Di Tawau Dijatuhkan Hukuman Mati
Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Kembang Tekak Terbeli Kurma Berulat Di Pasar Raya Di Sabah Wanita Kembang Tekak Terbeli Kurma Berulat Di Pasar Raya Di Sabah
Next Article Penipuan Meter Elektrik, Pemilik Kedai Kopi Didenda RM20K Di Kota Kinabalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?