• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah

Oleh
Nazihah AN
8 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah

Lelaki ini didakwa memiliki dadah jenis kanabis

Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah. Seorang lelaki, Erwan Abdul Ghani, menggunakan alasan memelihara kucing yang ramai untuk memohon jaminan yang lebih rendah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Sebelum itu, Erwan mengaku bersalah di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis seberat 4.30 gram. Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Teratai, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh sekitar pukul 10 malam pada 5 Mac lalu.

Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah
Alasan Perlu Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Rayu Jaminan Rendah Atas Dakwaan Miliki Dadah

Jaminan sebanyak RM8,000 lalu direndahkan ke RM3,800

Selepas pengakuan bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 memandangkan laporan kimia belum diperoleh sebelum hukuman dijatuhkan. Majistret Sasha Diana kemudian memberi peluang kepada Erwan yang tidak diwakili peguam untuk membuat rayuan.

Lelaki itu lalu memohon jaminan yang lebih rendah dengan alasan mempunyai tanggungan ramai termasuk memelihara banyak kucing yang perlu diberi makan. Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Sasha Diana akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM3,800.

Mahkamah turut menetapkan 7 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas Erwan. Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Alasan memelihara kucing yang ramai untuk menuntut pengurangan jaminan diakui agak luar biasa dan mengundang perhatian pelbagai pihak di mahkamah pada hari itu. Namun, Erwan jelas mohon simpati daripada mahkamah atas tanggungannya.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Terkini: Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri
Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlentang Atas Rumput Lepas Jatuh Dari Flat, Budak 14 Tahun Maut Di Sabah
Next Article Borneo Dash Kart Aeon Mall, Trek Go-Kart Rooftop Terbaru Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?