• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat

Oleh
Nazihah AN
7 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Hanya 65 peniaga yang dibenarkan beroperasi di 2 kawasan di Limbang

Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat. Dilaporkan bahawa, Majlis Daerah Limbang tetapkan dua kawasan untuk dijadikan lokasi bazaar Ramadhan iaitu di Lot 777 dan Night Street Market di Limbang bermula pada 12 April hingga 12 Mei nanti dengan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP).

Isi Isi Penting
  • Hanya 65 peniaga yang dibenarkan beroperasi di 2 kawasan di Limbang
  • Hanya 3 orang dibenarkan berada di setiap gerai
  • Bazaar bakal dibuka bermula jam 2 petang hingga 7 malam
  • Baca lagi di sini:

Sufian Mohat, Wali Kotanya Kaunselor berkata hanya 65 peniaga yang beroperasi di dua kawasan tersebut perlu menjalani ujian saringan RT-PCR dengan keputusan negatif COVID-19.

Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat
Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat

” Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan bermula 12 April hingga 12 Mei 2021 mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” kata beliau kepada media.

Hanya 3 orang dibenarkan berada di setiap gerai

Jelas beliau lagi, antara SOP yang wajib dipatuhi ialah penjarakan dua meter bagi setiap gerai, pemakaian pelitup muka dan apron, penyediaan pensanitasi tangan di kaunter, pengimbas suhu, buku rekod nama, pengimbas kod MySejahtera dan SOP lain.

“Hanya tiga orang dibenarkan berada dalam setiap gerai dan hanya mereka dibenarkan menghidang menu makanan atau minuman yang dijual kepada pengunjung,” ujar beliau.

Bazaar bakal dibuka bermula jam 2 petang hingga 7 malam

Tambah beliau bazaar tersebut bakal dibuka bermula pada jam 2 petang hingga 7 malam dan aktiviti sanitasi akan dilakukan selepas itu selama satu jam setiap hari oleh kontraktor yang dilantik.

“MDL tidak mengenakan bayaran untuk permit perniagaan kali ini tetapi hanya mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM60 sebulan setiap gerai yang berjaja,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, pihaknya akan menyediakan bekalan air namun bekalan elektrik dan kanopi hendaklah disediakan oleh peniaga itu sendiri. Mereka yang berminat untuk berniaga di bazaar Ramadhan boleh datang ke pejabat untuk melakukan permohonan.

Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat
Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat

“Mereka yang tidak dapat ikut serta berniaga di bazar Ramadan kelolaan MDL kerana kawasan yang terhad boleh menyertai bazar kelolaan persatuan lain iaitu Persatuan Melayu Limbang (PML), pihak swasta atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing,” ujar beliau.

Berkenaan dengan arahan menjalani ujian saringan RT-PCR bagi peniaga di hadapan rumah atau kawasan kampung, pihak mereka masih menunggu keputusan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Manakala, bagi isu bayaran ujian saringan RT-PCR yang dikenakan kepada peniaga, katanya ia terpulang kepada Kementeriasn Kesihatan Malaysia (KKM) dan JPBNS.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah
Next Article Hilang Salinan Keputusan PMR/SPM? Anda Kini Boleh Mohon Salinan Keputusan Via Aplikasi Ini Hilang Salinan Keputusan PMR/SPM? Anda Kini Boleh Mohon Salinan Keputusan Via Aplikasi Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?