• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah

Oleh
Husna Hazmi
7 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ianya adalah mandatori untuk membuat laporan kepada pejabat daerah jika ada sebarang aktiviti sosial.

Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah. Dilaporkan bahawa, semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di negeri Sarawak wajib memantau dan juga melaporkan segala aktiviti majlis sosial termasuk perkahwinan, kematian dan sebagainya kepada pejabat daerah masing-masing.

Isi Isi Penting
  • Ianya adalah mandatori untuk membuat laporan kepada pejabat daerah jika ada sebarang aktiviti sosial.
  • Arahan berikut adalah berkuat kuasa serta merta
  • Menegaskan KMKK untuk memainkan peranan penting
  • Masyarakat di luar bandar Sarawak supaya bersama mematuhi SOP
Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah
Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah. Gambar sebagai hiasan

Arahan berikut adalah berkuat kuasa serta merta

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, arahan berikut adalah berkuat kuasa serta merta dalam usaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis sosial.

“Pejabat Daerah akan sedia membantu KMKK bagi menasihati dan mendapatkan bantuan dari agensi-agensi yang berkenaan untuk memastikan SOP yang sedia ada dipatuhi.

“Dahulu memang mereka perlu membuat laporan tetapi sekarang ia adalah mandatori dimana mereka mesti membuat laporan kepada pejabat daerah jika ada sebarang aktiviti sosial,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media semalam.

Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah

Menegaskan KMKK untuk memainkan peranan penting

Uggah turut menegaskan KMKK untuk memainkan peranan penting dalam usaha menjaga keselamatan masyarakat setempat dari penularan wabak COVID-19 ini. 

Selain itu, beliau turut berkata mereka juga diminta untuk memberikan maklumat dan nasihat kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk kita semua mematuhi SOP yang telah disediakan.

“Dengan membuat laporan, maka pejabat daerah akan menggerakkan anggota Rela ke kawasan mereka yang akan menentukan pematuhan SOP semasa majlis sosial diadakan.

“Kita sedar memang ada masalah untuk orang kampung atau KMKK menguatkuasakan SOP terutama semasa majlis sosial tetapi dengan bantuan anggota Rela dan polis yang ada ia dapat menentukan SOP dipatuhi,” tambah beliau.

Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah
Gambar sebagai hiasan

Masyarakat di luar bandar Sarawak supaya bersama mematuhi SOP

Uggah pada masa yang sama memohon terutama kepada masyarakat di luar bandar Sarawak supaya bersama mematuhi SOP kerana dengan cara itu ianya akan dapat membantu untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kita berharap KMKK dapat bekerjasama kerana mereka adalah jentera kerajaan yang memainkan peranan dalam menentukan mereka sihat, anak buah (di bawah jagaan) sihat maka itu rakyat Sarawak akan sihat,” kata beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Bazaar Ramadhan Di Kuching Dibatalkan Untuk Kekang Penularan COVID19
Next Article Limbang Tetap Adakan Bazaar Ramadhan Tahun Ini Tetapi Dengan SOP Ketat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?