• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lindungi Haiwan Peliharaan Anda, Kempen Vaksinasi ‘STOP Rabies’ Akan Ke Sarawak Pada 27-28 Julai Ini

Oleh
Farisha
18 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

2000 dos vaksin rabies percuma menanti di Bau, Serian, dan Kota Samarahan

Lindungi Haiwan Peliharaan Anda, Kempen Vaksinasi ‘STOP Rabies’ Akan Ke Sarawak Pada 27-28 Julai Ini. Buat tahun kedua berturut-turut, Boehringer Ingelheim dengan kerjasama pihak berkuasa kesihatan tempatan akan menganjurkan Kempen Vaksinasi Rabies. Tahun ini, kempen tersebut akan diadakan di Bau, Serian, dan Kota Samarahan, Sarawak.

Usaha berterusan ini bertujuan untuk melindungi haiwan peliharaan dan masyarakat daripada ancaman rabies. Sebanyak 2000 dos vaksin rabies telah disediakan untuk kempen ini, dengan 600 dos diperuntukkan untuk setiap lokasi dan tambahan 200 dos untuk Kota Samarahan.

Lindungi Haiwan Peliharaan Anda, Kempen Vaksinasi 'STOP Rabies' Akan Ke Sarawak Pada 27-28 Julai Ini
Lindungi Haiwan Peliharaan Anda, Kempen Vaksinasi ‘STOP Rabies’ Akan Ke Sarawak Pada 27-28 Julai Ini

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memastikan kesejahteraan haiwan kesayangan anda dengan vaksinasi rabies percuma. Sertai kami untuk melindungi kesihatan anjing dan kucing anda serta menyumbang kepada persekitaran bebas rabies. Bawa haiwan peliharaan anda dan manfaatkan perkhidmatan kesihatan penting ini!

Lokasi, Tarikh dan Masa

Tarikh: 27 & 28 Julai (Sabtu & Ahad),

Masa: 8 pagi – 3 petang

Lokasi:
Bau: Balai Raya Tondong
Serian: Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian
Kota Samarahan: Dewan Perpaduan Stakan, Taman Samarindah

Maklumat penting

  • Vaksinasi anti-rabies percuma untuk anjing dan kucing peliharaan anda.
  • Perkhidmatan pelesenan dan pemasangan mikrocip disediakan.
  • Dapatkan bandana percuma untuk anjing dan kucing anda selepas menerima vaksinasi rabies.
  • Gerai pendidikan dan risalah kesedaran rabies.
  • Masuk percuma untuk semua lokasi.

Pesanan Penting kepada Semua Pemilik Haiwan Peliharaan:

Pastikan keselamatan anjing dan kucing kesayangan anda dengan memberi vaksinasi rabies setiap tahun. Jika haiwan peliharaan anda digigit, dapatkan rawatan segera untuk mencegah penyebaran penyakit maut ini. Lindungi haiwan peliharaan dan keluarga anda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita Di Kuching Meninggal Dunia Akibat Rabies
[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Abrienda Chan, Atlet Powerlifting Wanita Pertama Sarawak Ke Peringkat Dunia Kenali Abrienda Chan, Atlet Powerlifting Wanita Pertama Sarawak Ke Peringkat Dunia
Next Article Ini Biodata Bertrand Rhodict Lises, Penerjun Negara Kelahiran Sarawak Ini Biodata Bertrand Rhodict Lises, Penerjun Negara Kelahiran Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?