• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Lori Lawan Arus Di Pan Borneo Sabah, Netizen Desak JPJ Ambil Tindakan

Oleh
Nazihah AN
11 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Lori Lawan Arus Di Pan Borneo Sabah, Netizen Desak JPJ Ambil Tindakan

Kejadian Lori Melawan Arus di Lebuhraya Pan Borneo

Tular Lori Lawan Arus Di Pan Borneo Sabah, Netizen Desak JPJ Ambil Tindakan. Seorang pengguna Facebook, berkongsi pengalaman menakutkan ketika memandu di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Papar, Sabah.

Beliau menceritakan bahawa sebuah lori besar yang membawa muatan telah memandu melawan arus, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tular Lori Lawan Arus Di Pan Borneo Sabah, Netizen Desak JPJ Ambil Tindakan

Lori Pandu Lawan Arus di Pan Borneo Gugat Keselamatan Jalan

Kejadian ini menjadi tular di media sosial, dengan video berdurasi pendek menunjukkan lori tersebut berada di laluan bertentangan. Video ini jelas memaparkan betapa berbahayanya tindakan tersebut, terutama apabila melibatkan kenderaan sebesar lori.

Dalam hantaran Facebook tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau bersama dua lagi penumpang berjaya mengesan lori itu dari jarak jauh dan sempat menukar ke laluan kiri untuk mengelak kemalangan.

Menurut hantaran tersebut, nombor pendaftaran lori yang berkenaan ialah “SYM 731”, dan ramai netizen yang memberi komen menggesa agar tindakan segera diambil ke atas pemandu lori tersebut.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori terbabit. Ramai yang menasihati untuk membuat laporan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melampirkan bukti video sebagai sokongan.

Ramai juga yang menekankan betapa pentingnya berhati-hati ketika memandu di Lebuhraya Pan Borneo, khususnya apabila terdapat kenderaan besar yang berpotensi mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sejak kejadian ini, netizen mengingatkan para pemandu lain agar sentiasa waspada dan mengamalkan sikap pemanduan berhemah. Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini boleh mengakibatkan kemalangan serius, malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

‘Perangkap Maut’ Di Pan Borneo, Ingkar P Turn Boleh Jadi Sebegini Bahaya
Jambatan Batang Rajang Bakal Jadi Jalan Pintas Lebuhraya Pan Borneo – Tanjung Manis

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hak Agregator Gas Sarawak Akan Dipertahan – Abang Jo
Next Article Premier Sarawak Umum Bantuan Khas RM1.2K Untuk Pelajar Di IPT

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?