Raghad mengadu di Instagram kena halang masuk rumah, dan ambil tindakan undang-undang
Luah Rasa Kecewa, Raghad Lapor Polis Dakwa Dihalang Ziarah Kubur Taib. Baru-baru ini, Raghad Kurdi, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Abdul Taib Mahmud telah berkongsi pengalaman menyedihkan di media sosial apabila beliau dihalang daripada memasuki kediamannya di Kuching oleh pengawal pada minggu lalu.
Menerusi perkongsiannya di laman instagram, beliau menceritakan perjalanan pulang ke Kuching dengan niat untuk menziarahi pusara arwah suaminya dan menyampaikan sedeqah jariah bagi pihak suaminya yang meninggal dunia pada 21 Feb lalu.

Namun, beliau terkejut apabila dihalang masuk ke kediamannya sendiri. Pengawal keselamatan di pintu pagar memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kebenaran untuk membenarkan beliau masuk. Walau bagaimanapun, atas belas ihsan seorang pengawal, beliau akhirnya dibenarkan masuk.
Isteri Tun Taib buka mulut, dedah insiden mengejutkan di kediaman
Sebaik sahaja berada di dalam, beliau mendapati keadaan pusara arwah suaminya kering kontang seolah-olah tiada siapa yang menziarahinya sejak hari pengebumian. Menurut Raghad, keadaan pusara tersebut amat menyedihkan dan memalukan.
Malangnya, pengawal yang telah membenarkan beliau masuk telah dipecat akibat tindakannya itu. Isteri Tun Taib mendoakan agar Allah memberkati pengawal tersebut atas kebaikan hatinya.
Beliau telah membuat laporan polis mengenai insiden ini dan telah memfailkan permohonan mahkamah. eliau menegaskan bahawa tindakan ini diambil dengan hati yang berat, namun beliau terpaksa berbuat demikian untuk merekodkan perlakuan memalukan yang dilakukan terhadapnya dan menuntut keadilan.

Untuk makluman, Taib meninggal dunia pada jam 4.40 pagi 21 Feb lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun. Beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 10 Feb lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut, selepas keluar dari unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya.

