• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya

Oleh
Husna Hazmi
18 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenyataan penuh Toh Puan Raghad terkini

Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya. Akhirnya buka mulut, Toh Puan Raghad telah memberi penjelasan di media sosial beliau berhubung berita yang telah tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Berikut adalah penjelasan Toh Puan Raghad:

Pada 4 Februari 2024, satu laporan polis telah dibuat yang mendakwa Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah dikeluarkan dari Hospital Pakar Normah di Kuching tanpa kebenaran.

Dakwaan berkenaan terbukti adalah palsu dan amat membimbangkan. Sebagai isteri dan juga penjaga Tun Taib, saya Toh Puan Raghad Kurdi Taib, meletakkan kesihatan dan kesejahteraan suami saya sebagai keutamaan dan tidak sama sekali mengambil tindakan melulu untuk menjejaskan proses penyembuhan beliau.

Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya
Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Raghad ini juga adalah bertujuan untuk menyangkal laporan terbaru ini dan menjelaskan perkara berikut:

Tun Taib tidak ”dilepaskan” dari Hospital Normah. Pada 3hb Februari 2024, Dr. Tan Sian Kong telah bertanggungjawab untuk discaj Tun Taib dan Toh Puan Raghad telah memaklumkan Dr. Tan mengenai temu janji berjadual Tun Taib dengan Dr. Rosli di Hospital CVS Kuala Lumpur.

Dr. Tan telah meluluskan perlepasannya dan menganggapnya sesuai untuk meneruskan perjalanan untuk dipindahkan ke CVS. Surat daripada Dr. Tan kepada CVS Kuala Lumpur Hospital mengesahkan lagi kesahihan pelepasan dan kemasukan yang telah dirancang.

Keputusan untuk membawa Tun Taib ini adalah berdsarkan persetujuan termaklum dan hak beliau untuk memilih penjagaan yang terbaik. Semua dokumen pelepasan yang diperlukan mengikut prosedur hospital telah pun ditandatangani dan semua kakitangan hospital yang berkaitan mengetahui tentang pelepasan tersebut.

Dalam keselesaan di rumahnya sendiri, Tun Taib mempunyai sokongan perubatan 24 jam (termasuk jururawat dan lawatan doktor berjadual), peralatan yang diperlukan, ubat-ubatan untuk penjagaan dan pemulihan sementara menunggu kemasukan ke Hospital CVS Kuala Lumpur di bawah jagaan Dr.Rosli.

Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya

Dakwaan mengeluarkan ubat secara sukarela

Seterusnya, dakwaan di mana Toh Puan Raghad telah mengeluarkan ubat secara sukarela tanpa memaklumkan kakitangan yang bertugas adalah tidak benar sama sekali.

Permintaan untuk bantuan dalam mengeluarkan peranti perubatan tidak diendahkan oleh kakitangan hospital walaupun berulang kali meminta bantuan. Rawatan yang tidak baik dan nasihat perubatan yang tidak konsisten adalah isu serius yang perlu diteliti dan disiasat oleh pihak hospital.

Toh Puan Raghad Akhirnya Beri Penjelasan Isu Dakwaan Terhadap Dirinya

Raghad memfailkan laporan polis menyangkal dakwaan

Tuduhan palsu berkenaan telah menyebabkan tekanan dan kekeliruan yang tidak diperlukan. Raghad telah memfailkan laporan polis untuk menyangkal dakwaan tidak berasas ini dan melindungi privasi serta hak Tun Taib untuk memilih rawatan perubatannya. Raghad juga berkata bahawa, beliau bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Hospital Normah jika perlu.

Oleh itu, Toh Puan Raghad berkata beliau menggesa orang ramai untuk tidak mengendahkan laporan yang mengelirukan dan menghormatiHak Tun Taib untuk privasi dan keputusan perubatan termaklum.

Keluarga saya akan tetap teguh dan bersatu dalam masa yang sukar ini. Kami memohon doa orang ramai untuk kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

Lagi info terkini mengenai Tun Taib di sini:

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur
Raghad Nafi Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran
SUMBER :Instagram Raghadtaib
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Next Article Lebih Gempak Tahun Ini, Borneo Sonic Festival Bakal Diadakan 11 Hingga 12 Oktober 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?