• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
9 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Dari Kerayan ke Sarawak, kisah komuniti Lun Bawang cukup menarik untuk disingkap.

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama. Terletak di pedalaman Sarawak yang dingin berkabus, hanya 4 kilometer jaraknya dari sempadan Kalimantan, Indonesia – wujud sebuah lembah subur yang dikenali sebagai Ba’Kelalan.

Apabila nama ini disebut, ramai yang terbayang panorama sawah padi menghijau, kerbau berkubang dengan tenang, dan keramahan masyarakatnya. Ia kini terkenal sebagai destinasi eko-pelancongan yang wajib dilawati.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama. Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Tapi tahukah anda, di sebalik ketenangan ini tersimpan sebuah kisah transformasi yang luar biasa? Ba’kelalan sehingga ke hari ini masih utuh memegang kisah kebangkitan sebuah komuniti yang pernah terpinggir dari arus ketamadunan manusia.

Kehidupan ‘Liar’ Sebelum Ketibaan Mubaligh

Sebelum awal abad ke-20, nenek moyang komuniti Lun Bawang di sini dipercayai berhijrah dari dataran tinggi Kerayan, Kalimantan, Indonesia dan membuka penempatan di Buduk Nur. Nama Ba’Kelalan sendiri adalah gabungan perkataan “Ba” (sawah padi) dan “Kelalan” (nama sungai), mencerminkan betapa pentingnya pertanian kepada mereka.

Namun, kehidupan ketika itu jauh dari apa yang kita bayangkan hari ini.

Masyarakat Lun Bawang hidup terpencil di pinggir hutan, dalam keadaan yang disifatkan sebagai sangat daif. Budaya meminum arak beras buatan sendiri berleluasa, membawa kepada masalah sosial. Lebih membimbangkan, tahap kebersihan dan sanitasi hampir tidak wujud. Ramai yang tinggal sebumbung dengan haiwan ternakan, menyebabkan penyakit seperti wabak kolera mudah merebak dan meragut nyawa.

Pendek kata, komuniti ini terperosok dalam kemunduran, dibelenggu kemiskinan dan penyakit.

Gambar ilustrasi semata-mata

Revolusi Hidup Didorong Mubaligh Kristian

Segalanya mula berubah sekitar tahun 1928 apabila para mubaligh Kristian dari Australia tiba di tanah tinggi ini. Mereka tidak hanya membawa ajaran baru, tetapi juga mencetuskan satu revolusi cara hidup.

Menjelang pertengahan abad ke-20, hampir seluruh komuniti Lun Bawang memeluk agama Kristian Sidang Injil Borneo (SIB). Di bawah bimbingan mubaligh, mereka secara perlahan-lahan meninggalkan tabiat lama yang memudaratkan. Pesta arak digantikan dengan aktiviti gereja yang membina dan mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Buduk Nur, Ba’kelalan.
Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Perubahan paling ketara adalah penekanan terhadap kebersihan dan pendidikan. Mereka diajar membina tandas, menjaga kebersihan diri dan persekitaran kampung. Amalan pertanian juga disusun semula menjadi lebih teratur dan produktif.

Hasilnya dapat dilihat apabila taraf hidup masyarakat Lun Bawang meningkat secara mendadak. Generasi muda mula mendapat akses kepada pendidikan dan menjadi celik huruf. Komuniti yang dahulunya dianggap ‘liar’ kini bertukar menjadi sebuah masyarakat desa yang dikenali kerana disiplin, kebersihan, dan kesihatan yang baik.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Lisa Buing, anak jati Buduk Nur di Ba’kelalan yang kini aktif memandu pelancong ke desanya. Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Beras Adan dan ‘Traktor Hidup’ Bernama Kerbau

Hari ini, ekonomi Ba’Kelalan dipacu oleh pertanian beras Adan, sejenis padi tanah tinggi yang premium dan harum apabila dimasak. Diusahakan di sawah padi turun-temurun dengan sistem pengairan semula jadi dari Sungai Kelalan, beras ini ditanam secara hampir organik, menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan lazat.

Menurut cerita lisan daripada penduduk Ba’kelalan, Lisa Buing, Sungai Kelalan ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi sumber pengairan utama sawah di kawasan Ba’kelalan sejak dari dulu lagi.

Malah, di sebalik nama beras Adan ini, ada satu lagi hero yang jarang didendang iaitu kerbau.

Bagi petani Lun Bawang, kerbau bukan sekadar haiwan ternakan tetapi juga adalah ‘traktor hidup’ yang membajak sawah, mengangkut hasil tuaian, malah najisnya menjadi baja semula jadi yang menyuburkan tanah. Haiwan gagah ini sangat bernilai sehinggakan ia menjadi sebahagian daripada adat, khususnya sebagai hantaran kahwin.

Gabungan Padi Adan yang berkualiti dan khidmat kerbau yang setia inilah yang menjadi tulang belakang ekonomi mampan mereka.

Kampung Terpencil Berubah Menjadi Destinasi Wajib Kunjung

Dengan panorama alam yang memukau dan komuniti yang peramah, Ba’Kelalan kini menempa nama sebagai destinasi pelancongan desa yang unik. Barangkali, apabila anda sudah tiba di sini, anda akan lupa tentang pengalaman hotel lima bintang. Pengalaman yang lebih real dan asli menanti di 24 buah pengusaha inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancong, Seni dan Budaya, Malaysia (MOTAC) di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Inap desa Julia Sang di Kampung Buduk Nur, Ba’kelalan.
Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Lazimnya, pelancong datang ke Ba’kelalan untuk menikmati udara sejuk, berjalan di permatang sawah, dan melihat sendiri bagaimana beras Adan dihasilkan. Aktiviti popular lain termasuklah trekking ke viewpoint berdekatan seperti Pa’Sarui dan Bukit Doa Buduk Tudal, mendaki Gunung Murud (puncak tertinggi di Sarawak), dan memerhati burung-burung endemik Borneo seperti Dulit Frogmouth yang sukar ditemui.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Pemandangan Ba’kelalan dari viewpoint Bukit Doa Buduk Tudal.
Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo
Burung Dulit Frogmouth (Batrachostomus harterti). Foto daripada buku Birds of Ba’kelalan, Andy Paul.

Pada sebelah malamnya pula, anda boleh mengejar ‘milkyway’ yang jarang dilihat di tempat biasa. Oleh kerana suasana malam di sini tidak dicemari dengan cahaya yang terang benderang dan berada pada ketinggian sekitar 910 meter dari paras laut, menangkap gambar milkyway tidak sesukar mana (melainkan hari hujan atau awan tebal menyelaputi ruang angkasa).

Milkyway yang berjaya ditangkap di hadapan inap desa Julia Sang, Ba’kelalan. Kredit foto: The Kayangan Hunter
Milkyway di Ba’kelalan. Kredit foto: The Kayangan Hunter

Setiap tahun, Pesta Beras Adan (Irau Aco Adan) menjadi kemuncak acara penting di Ba’kelalan, di mana budaya Lun Bawang dan hasil tuaian mereka diraikan bersama pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah malahan dari Kalimantan, Indonesia.

Hasil jualan Beras Adan dan Garam Bukit Menyalakan Api Impian Anak Lun Bawang Ba’kelalan

Mungkin pencapaian paling membanggakan bagi komuniti ini bukanlah semata-mata pada sektor pelancongan, tetapi juga pada modal insan mereka.

Hasil jualan beras Adan, garam bukit, dan produk desa lain telah memberi kestabilan ekonomi kepada banyak keluarga. Pendapatan ini dilaburkan semula untuk aset paling berharga iaitu pendidikan anak-anak Lun Bawang.

Kini, ramai generasi muda Lun Bawang Ba’Kelalan yang memecah tradisi. Ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan kini bergelar doktor, jurutera, peguam, dan golongan profesional lain. Satu pencapaian yang pernah dianggap mustahil bagi sebuah komuniti yang bermula dengan begitu banyak cabaran dan hidup terpencil di hujung peta Sarawak.

Abai Sigar, penduduk Buduk Nur sedang membuat garam bukit. Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo
Sesi ‘storytelling’ bersama Lisa Buing, penduduk Ba’kelalan. Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo
Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Wanita di Buduk Nur mahir membungkus Nuba’ Laya menggunakan nasi yang masih panas. Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Krismas yang Meriah di Tanah Tinggi Ba’kelalan

Walaupun ramai yang telah merantau dan berjaya, jiwa mereka tetap di Ba’Kelalan. Ini paling jelas kelihatan setiap kali tibanya sambutan Krismas.

Setiap Disember, tiket penerbangan ke Ba’Kelalan pasti habis ditempah. Anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang beramai-ramai untuk meraikannya bersama keluarga. Suasana kampung menjadi sangat meriah dengan aktiviti kunjung-mengunjung, perhimpunan doa, dan nyanyian koir gereja.

Mengenal Lun Bawang Ba'kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Para wanita di Kampung Buduk Nur, Ba’kelalan.
Foto: Afifah Ismail/I Love Borneo

Tanpa hingar-bingar komersial, Krismas di sini diraikan dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran, mengukuhkan ikatan kekeluargaan, iman, dan warisan budaya.

Kisah Ba’Kelalan adalah bukti bahawa perubahan positif boleh dicapai melalui iltizam, kerjasama komuniti, dan keterbukaan untuk menerima idea baru tanpa melupakan jati diri. Dari sebuah penempatan yang terpencil, mereka telah bangkit menjadi sumber inspirasi dan membawa industri pelancongan berasaskan komuniti (CBT) untuk Malaysia.

Baca juga tentang penemuan ular endemik oleh kanak-kanak 3 tahun di Ba’kelalan sebelum ini:

Budak 3 Tahun Di Bakelalan Temui Ular Berstatus Endemik Di Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Di Miri Ubah Laman Sekolah Jadi ‘Tikar’ Etnik Sarawak, Hasilnya Buat Satu Malaysia Terpegun
Next Article Kuching Dinobat Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah Untuk Dilawati di Asia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?