• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
8 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Bandar Tenang di Hujung Utara Sarawak

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’. Terletak di hujung timur laut Sarawak, Lawas mungkin tidak kecil luasnya, tetapi percayalah, daerah yang bersempadan dengan Brunei Darussalam dan Sabah ini menyimpan pelbagai permata tersembunyi yang menanti untuk diterokai.

Jauh dari kesibukan kota, Lawas menawarkan pesona seakan desa yang mendamaikan, dan budaya yang kaya. Bagi anda yang dahagakan pengalaman percutian yang unik dan ingin lari dari kebiasaan, Lawas adalah destinasi yang sempurna.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’ . Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Ayuh, ikuti kami dalam pengembaraan ini sambil kita menyenaraikan lima aktiviti menarik yang wajib anda cuba apabila menjejakkan kaki di bumi Lawas!

1. Selami Keriuhan Budaya di Pasar Tamu Lawas

Tiada cara yang lebih baik untuk mengenali ‘jantung’ sesebuah tempat selain melawat pasarnya. Di Lawas, Pasar Tamu yang dibuka pada pagi hujung minggu adalah nadi kehidupan dan pusat aktiviti sosial masyarakat tempatan. Sebaik sahaja anda melangkah masuk, anda akan disambut dengan simfoni warna, aroma dan suara yang cukup meriah.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Di sini, pelbagai hasil bumi dan produk tempatan dijual, daripada sayur-sayuran segar seperti midin dan pucuk paku, buah-buahan eksotik yang mungkin sukar ditemui di tempat lain, hinggalah ke pelbagai jenis ikan kering dan hasil laut.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Jangan lepaskan peluang untuk membeli beras Adan dan garam bukit yang terkenal, produk kebanggaan orang Lun Bawang yang dibawa khas dari Bakelalan. Selain itu, keramahan para peniaga yang sentiasa mengukir senyuman menjadikan pengalaman di pasar ini lebih mesra dan menyeronokkan. Berjalan-jalan di celah-celah gerai sambil melihat ragam manusia dan keunikan barangan jualan adalah satu pengalaman budaya yang tidak ternilai.

💡 Fakta Menarik: Kebanyakan sayur-sayuran di sini seperti kobis dan kacang panjang dibawa khas dari Sabah.

🚗 Tip Kembara: Datanglah pada awal pagi Sabtu untuk melihat suasana pasar yang paling sibuk dan mendapatkan hasil-hasil yang paling segar.

2. Saksikan Warisan Perikanan di Pusat Pemprosesan Ikan Tahai

Lawas amat sinonim dengan Ikan Tahai, sejenis ikan tamban yang disalai secara tradisional sehingga kering dan rangup. Aroma asapnya yang unik dan rasanya yang masin-masin enak menjadikan ikan ini satu kemestian untuk dicuba dan dibawa pulang sebagai buah tangan. Untuk melihat sendiri proses penghasilannya, anda boleh melawat ke perkampungan nelayan di Kampung Punang.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Di sini, anda dapat melihat para pengusaha tempatan, menyusun ikan-ikan segar di atas para-para salai dan mengawal api sehingga ikan tersebut kering dengan sempurna. Proses yang diwarisi turun-temurun ini bukan sahaja menarik untuk dilihat, tetapi ia juga memberi kita kefahaman tentang betapa pentingnya perusahaan ini kepada ekonomi penduduk setempat. Anda juga boleh membeli ikan tahai yang baru sahaja siap diproses – harganya sudah tentu lebih murah dan kesegarannya terjamin!

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

💡 Fakta Menarik: Ikan Tahai merupakan singkatan kepada perkataan tamban (ikan tamban) dan salai (proses menyalai sehingga ikan menjadi kering).

3. Menghargai Kehalusan Seni Tenunan Songket Jongsarat

Walaupun pusat utamanya mungkin lebih terkenal di daerah jiran, keindahan dan kehalusan Songket Jongsarat turut terpancar dalam budaya masyarakat Melayu di Lawas. Songket Jongsarat, yang namanya membawa maksud ‘perahu yang sarat dengan muatan’, adalah tekstil tenunan tangan asal Brunei yang kaya dengan motif bunga dan geometri, selalunya menggunakan benang emas atau perak yang memberikannya kilauan mewah. Songket jongsarat juga selalunya terhasil melalui 1,300 hingga 1,400 jalinan benang.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Melihat proses menenun songket di D’Mars Songket di Kampung Punang Jaya, Lawas adalah satu pengalaman yang memukau. Ia memerlukan kesabaran, ketelitian dan kemahiran yang tinggi. Setiap helaian benang disusun dan diatur dengan cermat untuk menghasilkan corak yang kompleks dan cantik. Ini adalah peluang untuk anda menghargai sebuah seni kraf yang semakin jarang ditemui, dan hanya digunakan ketika majlis penting dan rasmi sahaja.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Puan Hajah Maryam, pemilik D’Mars Songket, Kampung Punang Jaya, Lawas. Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

💡 Fakta menarik: 3 jenis kain songket jongsarat yang popular adalah kain tajung, kain jongsarat berpakan, dan kain beragi.

4. Kejar Momen Magis ‘Sunset’ di Jeti Kampung Punang

Apabila petang mula melabuhkan tirainya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan salah satu pemandangan matahari terbenam yang paling mempesonakan di Sarawak. Destinasi anda? Jeti Kampung Punang. Jeti ini dahulunya diperbuat daripada kayu lama yang menganjur ke laut, kini sudah diganti dengan jeti simen yang lebih kukuh dan selamat.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Ini adalah lokasi yang sempurna untuk anda bersantai sambil menanti detik sang mentari terbenam di ufuk Laut China Selatan.

Pemandangan di sini sungguh menakjubkan. Langit akan bertukar warna daripada biru kepada rona keemasan, jingga, indigo dan kemerahan, mencipta sebuah lukisan alam yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Selepas puas merakam gambar dan menikmati keindahan alam, bagi yang Muslim, anda bolehlah terus menunaikan solat fardu di Masjid Terapung Kampung Punang yang bakal siap tidak lama lagi.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

🚗 Tip Kembara: Untuk mendapatkan pemandangan atas yang menakjubkan, anda boleh menerbangkan dron di kawasan ini.

5. BONUS: Nikmati Kelazatan Mi Udang Galah di Kuala Lawas

Pengembaraan anda di Lawas tidak akan lengkap tanpa memanjakan selera anda. Sebagai bonus, kami syorkan anda untuk mencuba hidangan istimewa yang menjadi sebutan ramai – Mi Udang Galah Kuala Lawas. Bayangkan semangkuk mi kuning yang dicelup dalam kuah pekat yang kaya dengan rasa manis udang, dihidangkan pula dengan beberapa ekor udang galah segar yang besar dan berlemak. Harga pun agak murah; sekitar RM 25 hingga RM 45 sepinggan, bergantung jenis masakan, kebiasaannya 3 ekor udang galah. Memang kecur air liur!

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Kuala Lawas, yang merupakan muara sungai, sememangnya terkenal dengan hasil udang galah yang segar. Anda boleh menjumpai hidangan ini di kesemua kedai makan di Jeti Kuala Lawas yang berwajah baharu. Pengalaman mencari dan menikmati hidangan ini pastinya akan menjadi kenangan manis dalam diari kembara anda. Apatah lagi anda boleh menaiki feri untuk menyeberangi ke Kuala Lawas.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

🚗 Tip Kembara: Sediakan duit kecil untuk membayar perkhidmatan feri ke Kuala Lawas. Feri ini mengenakan tambang yang agak murah, iaitu sekitar RM 1.00 untuk perjalanan sehala.

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam 'Checklist'
Foto: Nur Afifah/I Love Borneo

Lawas mungkin sebuah noktah kecil di peta Sarawak, tetapi ia padat dengan pengalaman yang besar dan bermakna. Dari pasar paginya yang meriah hinggalah ke senjanya yang memukau, Lawas menjanjikan sebuah percutian yang akan menyegarkan jiwa dan memperkayakan minda anda.

Jadi, apa tunggu lagi? Masukkan Lawas dalam senarai destinasi anda yang seterusnya!

Baca juga artikel menarik tentang Nuba’ Laya, makanan etnik Kelabit dan Lun Bawang di Lawas:

Menikmati Nuba’ Laya: Hidangan Tradisional Etnik Kelabit dan Lun Bawang di Lawas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PROTON Semarakkan Kaamatan di Sabah Menerusi Siri Mini ‘SAGA: Ikon Suara Sabah’
Next Article Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?