• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan

Oleh
Ismail NA
9 September 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Perkara tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan. Setelah 64 tahun Perlembagaan diperkenalkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara Malaysia layak menerima status kewarganegaraan.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
  • Istilah ‘bapa’ dalam Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi takrifan ibu
  • Perkara 14(1)(c) Perlembagaan Persekutuan tentang hak kewarganegaraan
  • Perkara 8(b) Perlembagaan Persekutuan tentang kesamarataan
  • Menjunjung keluhuran Perlembagaan yang menjamin tiada sebarang diskriminasi termasuk terhadap wanita
  • Diskriminasi terhadap wanita yang berakar umbi daripada prinsip partriarki yang mencengkam Malaysia
  • Suatu kelegaan buat para ibu Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk kembali ke tanah air
  • Baca juga :

Wanita berstatus warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara layak mewariskan kewarganegaraannya, sama seperti hak yang ada pada lelaki berstatus warganegara yang anaknya dilahirkan di luar negara berdasarkan operasi perundangan.

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan
Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan. Kredit : BERNAMA

Istilah ‘bapa’ dalam Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi takrifan ibu

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Akhtar bin Tahir mengumumkan bahawa Perlembagaan Persekutuan, Perkara 14(1)(c) bersama Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) berkenaan hak kewarganegaraan, mestilah dibaca bersama dengan Perkara 8(b), yang melarang sebarang bentuk diskriminasi terhadap jantina. Oleh yang demikian, perkataan ‘bapa’ yang dibaca adalah bermaksud termasuk ibu dan anak mereka adalah layak untuk dikurniakan status kewarganegaraan berdasarkan operasi perundangan.

Perkara 14(1)(c) Perlembagaan Persekutuan tentang hak kewarganegaraan

“14. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu: …(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara dan juga telah lahir di dalam Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;

Perkara 8(b) Perlembagaan Persekutuan tentang kesamarataan

“Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan, apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan,”

Menjunjung keluhuran Perlembagaan yang menjamin tiada sebarang diskriminasi termasuk terhadap wanita

Hakim Mahkamah Tinggi juga menegaskan bahawa institusi mahkamah adalah sebuah badan yang berperanan memperkasakan pentafsiran undang-undang dan menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta memastikan keadilan. Keputusan tersebut juga tidak dianggap sebagai perubahan polisi tetapi sebaliknya menggunakan kuasa undang-undang untuk mencari penyelesaian kepada kesedihan yang dizahirkan oleh para ibu yang merasa dinafikan oleh tanah kelahiran sendiri.

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan
Kredit : SADIQ ASYRAF/AFP via Getty Images

Keputusan mahkamah ini juga sejajar dengan pindaan undang-undang (Perenggan 8) pada 2001 yang menjamin tiada sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita dan memelihara struktur kekeluargaan agar anak yang lahir di luar negara kepada ibu berstatus warganegara tetap dianggap sebagai anak Malaysia.

Diskriminasi terhadap wanita yang berakar umbi daripada prinsip partriarki yang mencengkam Malaysia

Berdasarkan sejarah, undang-undang ketidaksamarataan ini diwarisi daripada pemerintahan kolonial British. Namun demikian, negara-negara kolonial termasuk British telah pun meminda undang-undang mereka setelah Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) diperkenalkan. Malaysia juga telah meratifikasikan CEDAW pada tahun 1995 kecuali bagi undang-undang berkaitan kewarganegaraan.

Menurut laman sesawang Foreign Policy, keengganan ini dikatakan berpunca daripada prinsip patriarki yang telah berakar umbi sejak sekian lama di negara ini serta pemikiran bahawa hanya bapa mempunyai hak ke atas anak-anak dalam sesebuah perkahwinan.

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan

Anak-anak yang dilahirkan di luar negara ini walau bagaimanapun boleh memohon status kewarganegaraan sebelum mereka berusia 21 tahun. Menurut Chee Yoke Ling, ahli badan bukan kerajaan (NGO) Family Frontiers Malaysia, kelulusan adalah tertakluk kepada Kementerian Dalam Negeri dan ianya adalah sesuatu yang rumit dan jarang berlaku. Sejak tahun 2013 hingga tahun 2018, hanya 142 permohonan sahaja diluluskan, manakala sejumlah 3,715 permohonan ditolak dan 4,959 permohonan masih menunggu kelulusan. Kes yang ditolak pula selalunya tidak mendapat alasan yang jelas tentang penolakan permohonan mereka. Malah, sukar untuk mendapatkan maklumat tentang langkah untuk memohon semula.

Suatu kelegaan buat para ibu Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk kembali ke tanah air

Sesungguhnya ini adalah berita yang menggembirakan buat para wanita Malaysia. Para ibu yang berada di luar negara pastinya mengharungi episod duka berjauhan bersama keluarga, apatah lagi dengan dinafikan hak anak mereka sebagai warganegara Malaysia jika tidak bersalin di negara ini, serta merta anak-anak ini mempunyai halangan untuk mendapatkan tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan khidmat sosial pada masa hadapan.

Jika difikirkan, tidak adil sekiranya salah seorang daripada adik beradik dengan ibu bapa yang sama, tidak layak diisytiharkan anak Malaysia semata-mata kerana ibu rakyat Malaysia tidak melahirkan anaknya di negara ini.

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan
Kredit : Hellodoktor.com

Ditambah pula dengan situasi pandemik yang mengehadkan perjalanan antarabangsa, ibu-ibu Malaysia yang mengandung pastinya mengalami waktu yang sukar untuk pulang ke tanah air semata-mata untuk mempertahankan status kewargarganegaraan anaknya yang hanya boleh didapatkan sekiranya bersalin di Malaysia.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile Dirasmikan Hari Ini, Beroperasi Setiap Isnin Hingga Jumaat Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile Dirasmikan Hari Ini, Beroperasi Setiap Isnin Hingga Jumaat
Next Article Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?