• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki

Oleh
Ismail NA
9 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Terapi yang mengandungi ubat cacing haiwan ini berpotensi menyebabkan lelaki mandul.

Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki. Ada lagi yang masih percaya dengan penggunaan Ivermectin untuk kesihatan manusia? Kajian daripada universiti di Nigeria mendapati ubat cacing haiwan, Ivermectin boleh menyebabkan kecacatan dalam sistem reproduktif lelaki.

Isi Isi Penting
  • Terapi yang mengandungi ubat cacing haiwan ini berpotensi menyebabkan lelaki mandul.
  • Sperma berkurang, jadi cacat dan tak berfungsi
  • Ivermectin gred gaiwan bahaya untuk manusia
  • “Anda bukan lembu!” Baca selanjutnya mengapa :

Penyelidik daripada 3 universiti di Nigeria menjalankan ujikaji terhadap kesan Ivermectin, terutamanya dalam terapi untuk merawat penyakit buta sungai (Onchocerciasis) dan penyakit lain, terhadap bilangan sperma lelaki. Berdasarkan kajian tersebut, 85% daripada sejumlah 385 pesakit lelaki yang mengambil ubat Ivermectin didapati mandul selepas itu.

Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki
Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki

Sperma berkurang, jadi cacat dan tak berfungsi

Selepas beberapa ketika pesakit lelaki ini pergi ke makmal untuk melakukan ujian berkala terhadap kesan Ivermectin, didapati kebanyakan daripada mereka mengalami kegagalan sperma dari pelbagai sudut, sama ada dari segi bentuk, gred, dan tahap kegagalan.

Antara ciri-ciri kemandulan yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

  • Bilangan sperma yang rendah
  • Morfologi (bentuk) sperma yang tidak sempurna
  • Sperma dua kepala
  • Sperma kepala kecil
  • Sperma berekor dua
  • Sperma tidak berekor
  • Sel sperma albino
  • Sperma tidak bergerak (Azoospermia)
  • Sperma yang tidak aktif bergerak/lemah

Malah, selepas sahaja penggunaan Ivermectin, bilangan sperma lelaki menunjukkan kadar penurunan yang sangat ketara.

Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki
Sperma normal dan sperma tidak normal. Sumber : Portal MyHealth

Untuk pengetahuan anda, Ivermectin merupakan sejenis ubat-ubatan yang berfungsi sebagai antelmintik untuk merawat penyakit berkaitan jangkitan cacing dan parasit dalam haiwan. Namun demikian, terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan ubat ini untuk rawatan kendiri COVID-19. Lebih buruk, mereka menggunakan Ivermectin gred haiwan dan menyangka ia dapat membantu menyembuhkan mereka daripada jangkitan COVID-19 walaupun dilarang keras oleh pakar kesihatan.

Ivermectin gred gaiwan bahaya untuk manusia

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah memberikan amaran tegas bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan dan membenarkan pengggunaan Ivermectin untuk merawat jangkitan COVID-19 dalam kalangan haiwan mahupun manusia.

Menurut FDA, Ivermectin gred haiwan adalah sangat berlainan dengan Ivermectin yang digunakan untuk manusia. Pengambilan Ivermectin gred haiwan oleh manusia adalah sangat berbahaya.

Kajian Mendapati Penggunaan Ivermectin Punca Kemandulan Dalam 85% Kaum Lelaki
Kredit : WFLA

Pakar penyakit berjangkit di El Paso, Mexico, Dr. Ogechika Alozie memberitahu bahawa orang ramai seharusnya mempercayai vaksin dan infusi antibodi mempunyai lebih banyak data serta bukti saintifik daripada Ivermectin. Tegasnya lagi, untuk melawan COVID-19 ini, vaksin adalah jalan terbaik.

Hentikan pengambilan Ivermectin dengan segera. Ia bukan mengubati, tetapi sebaliknya meragut nyawa sendiri.

“Anda bukan lembu!” Baca selanjutnya mengapa :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Daripada Ibu Warga Malaysia Layak Terima Status Kewarganegaraan
Next Article Remaja 15 Tahun Rogol Sepupu Bawah Umur Di Sarawak, Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?