I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung

Nur Afifah 22 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Beliau merupakan pemain badminton perseorangan kedua Malaysia yang memenangi kejohanan All England.

Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung. Umum mengetahui bahawa bintang badminton negara, Lee Zii Jia baru sahaja memenangi kejohanan berprestij badminton dunia iaitu Kejohanan All England 2021 semalam. Sekaligus, ini membolehkan beliau merangkul gelaran kejuaraan yang pertama buat dirinya. Kali terakhir kejuaraan ini dimenangi oleh Malaysia adalah pada tahun 2017 menerusi Dato’ Lee Chong Wei.

Menerusi hantaran di laman Facebook peribadinya, Lee Zii Jia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan serta pihak yang memberi sokongan kepadanya sehingga memenangi kejohanan sulungnya itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah kenyataan yang dibuat di penghujung hantaran tersebut yang menegaskan bahawa beliau adalah Lee Zii Jia dan selamanya hanya menjadi Lee Zii Jia.

“Inilah pengakhiran untuk All England 2021. Saya masih LEE ZII JIA, dan saya hanya tetap mahu menjadi LEE ZII JIA,”

Lee Zii Jia, juara All England 2021
Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung
Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung
Sumber : FB Lee Zii Jia

Tidak mahu disamakan dengan legenda badminton Malaysia

Selepas kemenangannya semalam, tular ucapan tahniah yang diucapkan oleh seorang selebriti tempatan yang mengatakan bahawa beliau boleh menjadi pengganti kepada Lee Chong Wei. Namun, kenyataan tersebut dibidas semula oleh netizen yang nyata tidak senang apabila juara baru All England tersebut disamakan dengan pemain legenda badminton negara.

Lee Zii Jia juga pernah menyatakan dalam satu temubual bahawa beliau tidak mahu dibandingkan dengan mana-mana pemain badminton, tetapi sebaliknya ingin mengukir nama sendiri dalam karier badmintonnya. Walaupun baru berusia 22 tahun, pemain kelahiran Kedah ini mahu menumpukan perhatian kepada kemahiran dan corak permainannya dan tidak mahu terlalu mengambil endah tentang apa yang diperkatakan oleh orang ramai yang terus menerus membandingkan dirinya dengan Dato’ Lee Chong Wei.

Sumber : FAIHAN GHANI/The Star.

Mula bermain badminton pada usia 6 tahun

Untuk pengetahuan anda, Lee Zii Jia mula bermain badminton pada usia 6 tahun dan minat tersebut dipupuk oleh bapanya. Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat didikan daripada pemain legenda badminton negara yang kini bergelar jurulatih iaitu Misbun Sidek dan pemain badminton Indonesia, Hendrawan.

Lee Zii Jia juga menyasarkan untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo. Kini, johan All England 2021 ini berada di kedudukan ke-10 dunia yang merupakan pencapaian terbaiknya setakat ini.

Tahniah Lee Zii Jia!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cecah Harga Sebuah Banglo, Ini Adalah 5 Bunga Termahal Di Dunia Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?