• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
23 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Tanpa ciptaan pelitup muka N95 beliau, bagaimanakah kita hendak memerangi Pandemik Covid-19 ini?

Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia. Jika anda perasan, baru-baru ini pada 10 Mac 2021 Google sendiri telah memaparkan Google Doodles Dr Wu Lien Teh sebagai penghormatan kepada Wira Di Sebalik Pelitup muka yang kita semua guna sehingga hari ini. Dilahirkan pada tahun 1879 di Pulau Pinang (lebih dari 100 tahun dahulu), Dr Wu yang turut dikenali sebagai sebagai Goh Lean Tuck (Bahasa Minna) dan Ng Leen Tuck (Mandarin) merupakan seorang doktor di Tanah Melayu yang begitu terkenal didalam sektor kesihatan awam.

Isi Isi Penting
  • Tanpa ciptaan pelitup muka N95 beliau, bagaimanakah kita hendak memerangi Pandemik Covid-19 ini?
  • Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine
  • Angka kematiannya mencecah seramai 60,000 orang
  • Ciptaannya itu kemudiannya berhasil

Beliau adalah generasi ketiga berketurunan Hakka di Tanah Melayu, ayah beliau pula seorang tukang emas dan merupakan pendatang dari Taishan, China manakala ibunya adalah generasi kedua penduduk Hakka di negara kita.

Membesar bersama 9 lagi adik beradiknya Dr Wu mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum mendapat tajaan Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajarannya di Emmanuel College, Cambrigde pada tahun 1894 sekaligus menjadi pelajar berketuruan cina pertama di dunia yang berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang perubatan disana.

Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia
Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia

Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine

Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine serta latihan industri di hospital terkemuka di London iaitu St Mary’s Hospital beliau kemudia mula menabur bakti kepada penduduk Pulau Pinang yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri selat .

Segalanya bermula pada tahun 1910, apabila Dr Wu diminta oleh kerajaan China untuk turun ke Harbin, Manchuria bagi mengetuai siasatan satu penyakit misteri yang telah meragut nyawa hampir 95% dari pesakitnya di sana.

Difahamkan penyakit ini merebak dari binatang kepada manusia akibat penggunaan bulu haiwan sebagai pakaian di zaman itu dan dikhuatiri boleh merebak ke Eropah menerusi kereta api trans-Siberia yang membawa penumpang dan barang dagangan dari timur laut China. Akhirnya penyakit ini dikenali sebagai wabak Manchuria (The Manchurian plague) dan berpunca dari bulu marmot (binatang dari spesies tikus) yang menjadi haiwan buruan pada masa itu.

Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia

Angka kematiannya mencecah seramai 60,000 orang

Angka kematiannya mencecah seramai 60,000 orang pada ketika itu dan perkara ini sudah cukup menakutkan. Namun hasil usaha keras Dr Wu dan pasukanyna, mereka akhirnya berjaya mengekang wabak tersebut. Malah hasil dari usaha mereka itu lah wujud nya pelitup muka perubatan jenis N95 yang digunakan secara meluas kini.

Kenapa 95? Kerana topeng muka n95 mampu menapis 95% partikel kecil udara dari masuk ke ruang pernafasan manusia. Namun kejayaan pasukan mereka tidak datang begitu sahaja, sebelum Dr Wu berjaya menemui jalan penyelesaian ramai pakar perubatan yang sudahpun terkorban baik dari dalam China mahupun pakar dari Eropah.

Ini kerana ramai lagi yang tidak menyedari wabak ini sebenarnya tersebar melalui udara dan bukannya dari kutu mahupun serangga seperti tanggapan awal mereka. Hasil autopsi yang dijalankan kepada beberapa pesakit, Dr Wu kemudiannya mencadangkan agar pelitup muka digunakan. Dengan menggunakan pelitup muka pembedahan sedia ada, beliau kemudian mengubahsuainya dengan menambah kain kasa serta kapas sebagai penapis tambahan.

Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia

Ciptaannya itu kemudiannya berhasil

Ciptaannya itu kemudiannya berhasil dimana mereka yang menggunakannya selamat manakala mereka yang enggan menggunakan pelitup muka ciptaannya itu kecundang di tengah jalan, antara yang enggan adalah mengikutinya adalah pakar terkemuka dari Perancis, Dr Gerald Mesny

Sebagai langkah tambahan, Dr Wu dan pasukannya turut melakukan operasi kuarantin serta melancarkan proses pembasmian kuman di hospital. Bukan itu sahaja dia kemudian mengarahkan mayat mereka yang mati disebabkan wabak ini dibakar berbanding di tanam. Hasilnya bilangan kes makin berkurangan dan terus menurun.

Hasil usahanya itu juga dia telah dicalonkan untuk kategori Hadiah Nobel Perubatan pada tahun 1935. Dia akhirnya kembali ke Pulau Pinang selepas bersara pada umur 80 tahun. Zaman persaarannya dihabiskan dengan menghasilkan autobiografi mengenai dirinya sendiri yang bertajuk “Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.” Setahun kemudiannya, pada tanggal 21 Januari 1960, Dr Wu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas diserang strok dirumahnya di Pulau Pinang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mahu Digelar Dengan Nama Sendiri, Lee Zii Jia Rakam Penghargaan Sempena Gelaran Sulung
Next Article Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?