• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Maid’ Minta 8 Juta Untuk Buat Passport, Ini Respon Majikan Buat Netizen Berdekah

Oleh
ILB - AI
28 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Berbaloi bekerja sebagai pembantu rumah dengan majikan yang ‘lawak’

‘Maid’ Minta 8 Juta Untuk Buat Passport, Ini Respon Majikan Buat Netizen Berdekah. Jika bekerja dengan tekun dan setia, pembantu rumah boleh menambat hati majikan sekali gus mendapat keuntungan berganda dari aspek pengalaman. Walau bagaimanapun, seorang wanita dari Sarawak ini tular apabila memuat naik perbualan dengan bakal pembantu rumahnya.

Menerusi perbualan yang dikongsinya di laman Facebook miliknya, bakal pembantu rumahnya dipercayai dari negara jiran, Indonesia, meminta duit kepada majikan barunya untuk membuat passport.

'Maid' Minta 8 Juta Untuk Buat Passport, Ini Respon Majikan Buat Netizen Berdekah
Gambar hiasan. Sumber: Google

Minta 8 juta kerana membawa rakannya sekali

Pembantu rumah tersebut meminta wang sebanyak 8 juta kerana membawa rakannya sekali untuk berkhidmat sebagai ‘maid’ di rumah wanita itu.

Pada awalnya, wanita itu mahu mengirimkan sebanyak 2 juta sahaja, tetapi pembantu rumah itu menyatakan bahawa tidak mencukupi untuk membuat pasport dengan rakannya sekali.

Menurut pembantu rumah itu, difahamkan harga pasport setiap orang ialah 4 juta seorang selama sepuluh tahun, justeru jumlah bayaran untuk dia dan temannya ialah 8 juta.

'Maid' Minta 8 Juta Untuk Buat Passport, Ini Respon Majikan Buat Netizen Berdekah
Sumber: Ayu

Sindiran majikan buat netizen terbahak

Apa yang membuat netizen geli hati, majikan itu sempat berseloroh mengatakan jumlah 8 juta itu akan dia ‘bank in’ kepada pembantu rumah itu, baginya 8 juta itu sedikit kerana bangunan KLCC itu dia yang punya.

'Maid' Minta 8 Juta Untuk Buat Passport, Ini Respon Majikan Buat Netizen Berdekah
Sumber: Ayu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah selepas mendengar kenyataan dan respon ‘lawak’ daripada majikan tersebut. Ada yang mengatakan nasib baik jumlah wang tersebut menggunakan juta rupiah, bukan juta ringgit.

Sementara itu, wanita berkenaan turut memaklumkan dia tidak sabar pembantu rumahnya datang ke rumah untuk bekerja dengannya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penutupan Jalan Di Bulatan Setia Raja, Dari Laluan Pending Ke Kota Samarahan Bermula Hari Ini Penutupan Jalan Di Bulatan Setia Raja, Dari Laluan Pending Ke Kota Samarahan Bermula Hari Ini
Next Article Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua 'Kawan' Dan Tawaran Kerja Hilang Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua ‘Kawan’ Dan Tawaran Kerja Hilang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?