• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan

Oleh
Ismail NA
23 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Situasi ini sangat membahayakan keselamatan orang awam.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan. Gelombang baharu COVID-19 sedang melanda Malaysia pada ketika ini. Peningkatan kes yang tinggi bukan sahaja dapat dirasai di negeri Semenanjung, bahkan juga turut dirasai di Sabah dan Sarawak dengan purata kes harian mencecah angka 1,000 kes.

Isi Isi Penting
  • Situasi ini sangat membahayakan keselamatan orang awam.
  • Rupanya banyak majikan yang menyembunyikan pekerja positif di Kuching
  • Pekerja saman syarikat, pekerja bayar saman
  • Pekerja dalam dilema
  • Cara buat aduan majikan sembunyikan pekerja positif
  • Untuk pekerja yang terjejas, anda boleh cuba untuk memohon bantuan ini :
  • Ini pula panduan untuk anda menuntut insurans mySalam jika anda dikuarantin akibat positif COVID-19 :

Namun, perkara ini nampaknya tidak mendatangkan ketakutan dan kegusaran buat segelintir majikan di Kuching. Menerusi sebuah hantaran di sebuah kumpulan di Facebook, seorang lelaki telah merayu cadangan netizen tentang cara bagaimana untuk membuat aduan tentang syarikat yang tetap menyuruh pekerjanya untuk turun bekerja walaupun ramai pekerjanya yang didapati positif.

Lebih memburukkan lagi keadaan, para pekerja termasuk yang disahkan positif juga dipaksa untuk menipu orang ramai dan pihak berkuasa tentang tahap kesihatan mereka.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan. Sumber : Facebook

Hantaran tersebut telah menarik perhatian netizen. Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 649 perkongsian dan 859 tanda suka.

Rupanya banyak majikan yang menyembunyikan pekerja positif di Kuching

Ramai yang memberi pandangan bahawa apa yang boleh dilakukan oleh lelaki ini adalah dengan membuat laporan polis dan terus membuat aduan ke Jabatan Tenga Kerja agar mereka dapat melakukan pemeriksaan dan arahan penutupan premis dengan segera.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook
Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook

Lebih malang, melalui keluhan netizen di laman komen, kebanyakan pekerja yang menghadapi masalah ini adalah pekerja yang berhadapan dengan orang ramai terutamanya di pusat membeli belah dan premis perniagaan. Perkara yang paling tidak masuk akal adalah mereka turut diarahkan untuk melakukan promosi dan menghampiri orang ramai.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook

“…semua pekerja sampailah ke pekerja food court mengeluh sebab ada pekerja sesama sendiri yang disahkan positif tetapi kena pergi kerja. Apa yang melucukan, mereka (pekerja) tidak kira staf pengurusan sehinggalah kepada staf pembersihan ini dipaksa menari untuk buat promosi barang dan mengajak orang ramai untuk datang ke tempat itu. Lucu kan?”

Netizen
Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook
Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook

Pekerja saman syarikat, pekerja bayar saman

Ada juga netizen yang memberitahu bahawa terdapat majikan yang sanggup tidak menutup kedai walaupun pekerjanya (yang negatif) hanya tinggal beberapa orang sahaja. Mereka inilah yang akan mengerah seluruh tenaga dan masa untuk membantu majikannya bertahan dalam situasi ekonomi yang getir sekarang ini. Tidak kurang juga yang memberi cadangan untuk menyaman syarikat jika mereka didapati positif apabila dipaksa turun bekerja. Namun, seorang pekerja yang pernah melalui pengalaman yang serupa membalas bahawa pendapatan mereka akan terjejas kerana gaji mereka dipotong jika syarikat dikenakan saman.

Alasannya? Staf harus sama-sama membayar saman syarikat.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook
Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan
Sumber : Facebook

Pekerja dalam dilema

Sesetengah netizen yang bekerja di tempat kerja sebegini juga didapati mengalami dilema kerana mereka takut akan kehilangan kerja sekiranya tidak mematuhi arahan pihak atasan. Di waktu pandemik ini, sukar untuk rakyat mencari pekerjaan baharu dengan segera. Apatah lagi memikirkan nasib ahli keluarga seperti anak-anak kecil dan ibu bapa yang perlu disara setiap hari. Sumber pendapatan inilah menjadi harapan walaupun terpaksa menggadaikan nyawa sendiri.

Geram dengan tindakan pentingkan diri majikan, netizen juga sempat memberi cadangan sarkastik agar pekerja berjumpa secara berhadapan dengan majikan tersebut dan memeluknya erat-erat agar virus tersebut turut berjangkit. Ia bagi memberi pengajaran buat majikan tersebut yang angkuh dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan pekerja.

Jadi, apalah guna jika hanya pengunjung yang beria-ria disemak status MySejahtera dan pergelangan tangan jika pusat pengurusan premis lepas tangan terhadap keselamatan pekerjanya sendiri? Ini adalah sesuatu yang tidak adil buat orang ramai dan pekerja yang ingin menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan

Mana-mana majikan yang ingkar dengan memaksa pekerja positif hadir ke tempat kerja adalah suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Cara buat aduan majikan sembunyikan pekerja positif

Setelah kami mendapatkan penjelasan dengan Bilik Gerakan COVID-19, individu yang ingin membuat aduan tentang majikan yang menyembunyikan kes pekerja positif dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera di balai polis berdekatan agar mereka dapat membuat koordinasi lanjut dan siasatan lapangan dengan pihak KKM. Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke Jabatan Tenaga Kerja di alamat berikut;

Sarawak – [email protected]
Sabah – [email protected]
Semenanjung Malaysia – [email protected]

Talian hotline Jabatan Tenaga Kerja :

  1. 03 8889 2359
  2. 03 8890 3404
  3. 03 8886 2352
  4. 03 8888 9111

Untuk pekerja yang terjejas, anda boleh cuba untuk memohon bantuan ini :

Ini pula panduan untuk anda menuntut insurans mySalam jika anda dikuarantin akibat positif COVID-19 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Next Article Berjalan Kaki Untuk Dapatkan Vaksin, Seorang Lelaki Mati Mengejut Ketika Berehat Di Luar PPV Berjalan Kaki Untuk Dapatkan Vaksin, Seorang Lelaki Mati Mengejut Ketika Berehat Di Luar PPV

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?