• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum

Oleh
Nazihah AN
23 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum

Jambatan gantung adalah jambatan pertama di Sarawak

Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum. Bagi anda yang pencinta sejarah serta penduduk Kuching, berita baik untuk anda! Jambatan tertua di Kuching atau lebih dikenali sebagai Jambatan Gantung Satok kini sudah dibuka untuk umum. Bagi orang Kuching, jambatan gantung ini adalah sumber sejarah kebanggaan dan meninggalkan banyak kenangan nostalgia yang manis.

Isi Isi Penting
  • Jambatan gantung adalah jambatan pertama di Sarawak
  • Reka bentuk yang unik!
  • ‘Replika’ jambatan mampu menjadi daya tarikan pelancong
  • Bagi anda yang ingin mencari tempat makan yang menarik di Kuching, anda boleh membaca artikel pada pautan di bawah ini:

Jambatan Gantung Satok ini dibina semasa penjajahan pada tahun 1921 oleh White Rajah Brooke bertujuan untuk membekalkan air bersih dari tangki air di Matang Kuching ke kawasan pekan seberang Sungai Sarawak. Selain itu, ianya juga digunakan sebagai laluan basikal dan pejalan kaki.

Menurut lagenda, bukan basikal dan pejalan kaki sahaja malah bas juga turut melintasi Jambatan Gantung Satok. Jambatan ini membantu orang berulang-alik dari Kuching ke Petrajaya (Matang) sebelum perkhidmatan feri diperkenalkan.

Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum. Sumber: Twitter
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum. Sumber: Utusan Borneo

Jambatan sepanjang 130 meter lebar 2.3 meter merentasi Sungai Sarawak dibina dengan kos RM8.5 juta di lokasi di mana jambatan asal runtuh pada 7 Oktober 2004 lalu akibat ribut. Kerajaan Sarawak membina semula dan mengembalikan Jambatan Gantung Satok menjadi kegemilangannya sebagai mercu tanda di Bandar Kuching.

Reka bentuk yang unik!

Jambatan tersebut telah dibina dengan reka bentuk yang sama dengan asalnya bagi mengekalkan identiti jambatan tersebut. Ianya menjadi laluan utama pejalan kaki dari kawasan seberang Sungai Sarawak (sekarang Petra Jaya) untuk ke pusat bandar Kuching.

Untuk pengetahuan anda, struktur dan reka bentuk jambatan gantung ini telah direka oleh arkitek yang terkenal di Eropah. Ia direka mengikut piawaian ‘British Standard’ (BS) merangkumi menara dan blok utama untuk memegang kabel penggantungan.

Jika dilihat, reka bentuk jambatan gantung ini sama persis seperti Jambatn Golden Gate di San Francisco. Tetapi sebenarnya, Jambatan Golden Gate ini dibina 10 tahun setelah Jambatan Gantung siap.

Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Gambar Golden Gate Bridge. Sumber: Google
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Gambar Jambatan Gantung. Sumber: Twitter @MisiahTaib

‘Replika’ jambatan mampu menjadi daya tarikan pelancong

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan jambatan warisan sejarah itu mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk ke Kuching.

Projek pembinaan jambatan ini bermula pada tahun 2017, dan telah dijadualkan bakal siap pada tahun 2020. Namun akibat wabak COVID-19 melanda, jambatan tersebut memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

“Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membina semula jambatan dengan reka bentuk asalnya kerana ia sangat menarik dan bersejarah.” kata Ketua Menteri Sarawak.

Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum
Mercu Tanda Ikonik Bersejarah Di Bandar Raya Kuching, Jambatan Gantung Satok Kini Dibuka Untuk Umum

Beliau berkata pengunjung juga boleh melawat Kawasan sekitarnya termasuk ke Kubah Ria dan Medan Satok yang terletak di seberang Sungai Sarawak. Ianya juga dijadikan tempat laluan basikal dan laluan pejalan kaki.

Jambatan itu kini disahkan selamat digunakan sekali gus menghidupkan semula binaan unik yang pernah lenyap dari pandangan selama 15 tahun.

Bagi anda yang ingin mencari tempat makan yang menarik di Kuching, anda boleh membaca artikel pada pautan di bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article “Anda Bukan Lembu,” FDA Beri Amaran Ivermectin Boleh Akibatkan Kematian Berbanding Merawat COVID
Next Article Majikan Di Kuching Paksa Pekerja Positif Turun Kerja, Lelaki Ini Rayu Cadangan Untuk Buat Aduan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?