• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
8 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kluster Ini Tercetus Di Kala Sabah Baru Sahaja Memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4

Kluster Ini Tercetus Di Kala Sabah Baru Sahaja Memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4

Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah. Dilaporkan bahawa, majlis perkahwinan dan dua majlis cukur jambul telah mencetuskan kluster baharu pada 7 November 2021 di Kampung Karanaan, Ranau Sabah.

Isi Isi Penting
  • Kluster Ini Tercetus Di Kala Sabah Baru Sahaja Memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4
  • Dipercayai berpunca dari majlis perhimpunan besar-besaran
  • Seramai 49 kontak sosial di Kampung Karanaan
  • Lagi di sini:

Dipetik dari Utusan Borneo, menurut Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kluster Karanaan, Ranau yang dikategorikan sebagai kluster komuniti. Kluster ini disyaki berpunca daripada penganjuran dua majlis tersebut.

Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah
Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah. Kredit Gambar: Sabah Baru News

Dipercayai berpunca dari majlis perhimpunan besar-besaran

Kata beliau, virus itu telah menjangkiti seramai 52 penduduk kampung setakat ini dan dipercayai berpunca daripada majlis perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 21 Oktober dan 29 Oktober 2021 serta dihadiri saudara mara dari luar daerah.

“Kluster ini mula dikesan apabila seorang lelaki tempatan, 29, yang mula bergejala mendapati saringan kendiri (RTK AG) positif dan kemudian membuat saringan lanjutan di Pejabat Kesihatan Daerah Ranau pada 29 Oktober 2021,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Kes indeks yang juga pembantu awam di pejabat JKR Daerah Ranau disahkan positif pada 30 Oktober lalu dengan nilai CT Value RDRP -16.69 dan didaftarkan pada 31 Oktober 2021.

Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah
Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah. Gambar hiasan

Seramai 49 kontak sosial di Kampung Karanaan

Tambah beliau, sebanyak 49 kontak sosial di Kampung Karanaan didapati positif COVID-19 dalam aktiviti persampelan kontak dan seramai 537 pesakit sembuh daripada COVID-19 pada 7 November 2021 menjadikan jumlah kumulatif seramai 210,551 orang.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak lama lagi akan mengeluarkan SOP terperinci bagi Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat.

Turut dinyatakan oleh beliau, dua orang meninggal dunia pada hari yang sama iaitu masing-masing di Beaufort dan Kota Marudu. Bagaimanapun kata beliau, bilangan kematian tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
Next Article Nak Camping Tapi Tak Tahu Di Mana? Ini 4 Camping Site Di Kuching Anda Boleh Cuba Nak Camping Tapi Tak Tahu Di Mana? Ini 4 Camping Site Di Kuching Anda Boleh Cuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?