• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Majlis Sosial Penyebab 59 Kluster Dan 7305 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Setakat Ini

Oleh
ILB - AI
4 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan melalui sidang media SDMC hari ini

Majlis Sosial Penyebab 59 Kluster Dan 7305 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Setakat Ini. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak sebentar tadi memaklumkan bahawa setakat ini, majlis majlis sosial seperti pengebumian dan perkahwinan telah menyebabkan sebanyak 59 kluster dikesan di Sarawak semenjak bermulanya COVID19.

Selain itu, daripada 59 kluster tersebut seramai 7305 individu telah disahkan positif COVID19. Seramai 71 545 individu telah disaring dan kluster kluster dari majlis sosial ini juga telah menyebabkan 40 kematian.

Antara kes positif tertinggi yang telah dilaporkan adalah melalui perhimpunan/majlis sosial adalah dari upacara pengkebumian, dimana 8 kluster telah diistiharkan, melibatkan 46,856 individu disaring di mana 3,595 didapati positif COVID-19 dan mengakibatkan 30 kes kematian.

Majlis sosial lain seperti majlis perkahwinan, pesta musim perayaan, acara gotong-royong, majlis ulang tahun, pesta perpisahan, sabung ayam dan lain-lain dimana 32 kluster telah diistiharkan, 1,928 individu di dapati positif dan mengakibatkan 5 kes kematian.

Bagi anda yang masih keliru, anda boleh baca artikel di bawah untuk SOP PKPB yang tidak membenarkan majlis sosial di kawasan merah :

Sarawak Catat 419 Kes hari ini, 4 April 2021

Hari ini terdapat 419 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sri Aman (159), Bintulu (57), Sibu (54), Miri (34), Sarikei (32), Serian (17), Meradong (17), Marudi (9), Beluru (8), Kanowit (5), Kapit (5), Saratok (5), Julau (4), Sebauh (3), Kuching (3), Matu (2), Lawas (2), Mukah (1), Selangau (1), dan Dalat (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,554 kes.

Jumlah kes yang tinggi hari ini iaitu 419 kes positif yang kedua tertinggi dilaporkan. Dari 419 kes tersebut, 159 kes adalah di Sri Aman iaitu dikesan dari Penjara Pusat Sri Aman. Kes ini adalah sama dengan kes mendadak yang berlaku di Pusat Tahanan Semuja, Serian. Mereka ini semua dikawal di dalam Penjara Pusat Sri Aman.

Kluster Tembok Sri Aman
Kes positif pertama bagi kelompok ini adalah tahanan di Penjara Pusat Sri Aman di mana mereka ditempatkan di penjara sejak 28 Mac. Kes telah positif pada 01 April 2021 sebelum menjalani proses pelepasan (parol). Seramai 322 tahanan telah disaring di mana 156 tahanan positif (79 rakyat Malaysia dan 77 bukan warganegara Malaysia) dan 166 masih
menunggu keputusan makmal. Seramai 131 orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman telah disaring.

Sehingga hari ini, tiga (3) orang didapati positif, 8 negatif dan 120 masih menunggu keputusan makmal. Penjara Pusat Sri Aman telah diwartakan sebagai PKRC untuk kes
positif melibatkan tahanan, manakala dewan di penjara tersebut digunakan sebagai PKRC untuk kakitangan yang positif.

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif
Next Article Pelajar Sekolah Menengah Mulakan Norma Baharu Di Sekolah Pada Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?