• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif

Oleh
Husna Hazmi
1 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak di tangga pertama kes positif tertinggi di Malaysia pada hari ini.

TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini terdapat 238 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Bintulu (95), Sibu (51), Miri (28), Kuching (22), Beluru (17), Julau (8), Serian (6), Meradong (4), Tatau (3), Sebauh (2), Kanowit (1) dan Sri Aman (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,628 kes.

TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif
TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif

Terdapat 2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19

Terdapat 2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 110 orang.

Kes kematian Ke-109 merupakan kes ke-9,688 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 68 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, kurang selera makan dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan ujian rt-PCR yang telah dibuat dan dikesan positif pada 28 Mac 2021.

Kes kematian ke-110 merupakan kes ke-11,790 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu setelah dikesan positif melalui ujian rt-PCR pada 10 Mac 2021.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

TERKINI: Sarawak Kembali Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Dengan 238 Kes Positif

Daerah Beluru telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga

Hari ini, Daerah Beluru telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan sejumlah 46 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 12 daerah.

Daerah Tatau pula telah bertukar status ke status Kuning daripada status Hijau setelah merekodkan tiga (3) kes jangkitan tempatan pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Hijau menurun kepada tujuh (7) daerah. Daerah Tanjung Manis juga telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan hanya sejumlah 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning meningkat kepada 18 daerah. Manakala tiga (3) daerah berstatus Jingga.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penghantaran Barang Melalui Pos Laju Kini Lebih Mudah
Next Article Majlis Sosial Penyebab 59 Kluster Dan 7305 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?