• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makan Tiram ‘Free’ Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Makan tiram percuma sampai puas hati.

Makan Tiram ‘Free’ Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat. Boleh dimakan mentah dan boleh juga dimasak, tiram telah menjadi antara makanan laut yang sedang trending serta menjadi kegemaran ramai kini.

Dikenali sebagai Sampik atau Kelitup di dalam bahasa Melayu Sarawak, makanan laut ini juga boleh tahan popular di negeri ini terutamanya di restoran Seafood di mana ia lazimnya dimasak sebagai Oyster Omellete atau Oyster Pancake.

Makan Tiram 'Free' Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat
Makan Tiram ‘Free’ Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat. Kredit foto: FB Nur Erieyn Wiman

Memperoleh banyak tiram di tepian batu persisiran pantai

Dalam Perkongsian seorang wanita di Facebook ini, dia berkongsi video dan juga gambar di mana dia memperoleh banyak tiram percuma di tepi laut di Kampung Tambirat, Asajaya Sarawak.

Dalam video tersebut, wanita itu berkongsi tangkapan tiram yang didapatinya sambil berkata dia mendapat tiram tersebut percuma di tepian batu di persisiran pantai lalu menikmati hasil tangkapannya itu di situ juga.

Membuat orang ramai bertambah terliur melihat videonya itu, wanita tersebut mencecah tiram segar yang didapatinya itu ke dalam sos dan mengatakan rasanya ‘very good‘!

Makan Tiram 'Free' Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat
Kredit foto: FB Nur Erieyn Wiman

Orang ramai kagum dengan video yang dikongsikan

Orang ramai yang melihat videonya itu juga rata-ratanya tertarik dengan perkongsiannya. Maklumlah, tiram adalah salah satu makanan laut yang premium dengan harga yang agak mahal. Namun, video wanita tersebut mendapatkannya secara percuma telah membuatkan orang ramai kagum.

Bagi anda di luar sana yang gemarkan tiram, anda boleh lah ke Kampung Tambirat di Asajaya untuk mendapatkan tiram segar itu. Siapa cepat dia dapat!

Baca lagi artikel menarik di sini:

Jalan-Jalan Di Kuching Naik Motosikal, Sweet Qismina Dan Adam Lee Bikin Orang Ramai Teruja
‘Bandar Lain Boleh Contohi Kuching’, Lelaki Ini Kagum Dengan Tarikan Pelancongan Sarawak
SUMBER :FB Nur Erieyn Wiman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Berusia 18 Bulan Hilang Ditemui Lemas Dalam Parit Di Sibu Bayi Berusia 18 Bulan Hilang Ditemui Lemas Dalam Parit Di Sibu
Next Article Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?