• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Harga tambang istimewa khas sempena Tahun Baru Cina.

Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak. Dilaporkan, sempena sambutan Tahun Baharu Cina, AirAsia telah mengumumkan penerbangan tambahan istimewa iaitu tambang rendah tetap antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak dari 17 hingga 30 Januari 2023.

Dengar kadar tambang RM 199 sehala, anda boleh mendapatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri manakala RM 249 sehala untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak
Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak. Sumber foto: AirAsia Newsroom
Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak
Jadual penerbangan tambahan lewat malam tambahan pada tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sarawak. Sumber foto: AirAsia Newsroom
Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak
Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sabah. Sumber foto: AirAsia Newsroom

Selain itu ,AirAsia juga telah membuat 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak serta mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi yang sama.

Dalam masa yang sama, AirAsia juga berasa berbesar hati kerana dapat mengumumkan penerbangan tambahan lewat malam istimewa pada tambang rendah tetap. Sebanyak 25,020 tempat duduk tambahan ke dan dari destinasi terpilih di Sabah dan Sarawak tersedia untuk tempahan bagi tempoh perayaan akan datang.

Dengan adanya tambang rendah tetap ini, semua yang menyambut Tahun Baru Cina boleh pulang tanpa perlu memikirkan kos mahal penerbangan balik ke perkampungan masing-masing.

Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak
Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Johor Bahru ke Sarawak. Sumber foto: AirAsia Newsroom
Sempena Tahun Baru Cina, AirAsia Umum Tambang Rendah Tetap Dari Semenanjung Ke Sabah Dan Sarawak
Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Johor Bahru ke Sabah. Sumber foto: AirAsia Newsroom

Oleh demikian, buat para pelanggan yang bakal melakukan penerbangan pada tempoh Tahun Baru Cina akan datang, anda dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) untuk mengelakkan kesesakan.

Adalah digalakkan juga untuk para penumpang mendaftar masuk kendiri menggunakan airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

Muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan anda!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Buat Warga Kuching, Countdown 2023 Peringkat Sarawak Bakal Diadakan Di Stadium Perpaduan Petra Jaya
Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)
SUMBER :AirAsia Newsroom
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Makan Tiram ‘Free’ Tepi Pantai, Wanita Ini Kongsi Video Peroleh Oyster Di Kampung Tambirat
Next Article Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek Umur 50-an Di Sibu Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek Umur 50-an Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?